KHUTBAH
JUMAAT OLEH : Ustaz Hj Mohd Zakuan Hj Tak Sidang jumaat yang dirahmati. Marilah kita bersama sama bertaqwa kepada Allah SWT, yakni dengan mengerjakan segala suruhannya, dan meninggalkan segala larangannnya. Mudah mudahan kehidupan kita akan diberkati di dunia dan di akhirat. Berdirinya saya dimimbar jumaat yang mulia ini, adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memberi peringatan agama kepada diri saya sendiri dan juga tuan tuan sidang jemaah yang dihormati Allah sekalian seperti mana firman Allah yang berbunyi: “ Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada sekalian mukmin “….az-zumar ayat 55. Sidang jumaat yang berbahagia. Di bulan febuari yang baru kita tinggalkan, banyak isu trajidis masyarakat yang dilapurkan di akhbar akbar tempatan, Bagi yang membacanya membuatkan kita menggeleng kepala, beristiqfar dan mengurut dada dan berfikir apa sudah terjadi kepada masyarakat majmuk di Negara ini yang mengalami penyakit social masyarakat yang semakin meruncing. Berita yang menakutkan, berita yang membimbangkan dilapurkan ada sahaja berlaku pada setiap hari. Kelmarin berita seorang bapa tua yang dipukul oleh anak lelakinya sendiri dengan sebatang kayu yang berang dan tidak puas hati dengan cara pembahagian agihan harta pusaka. Diikuti pula dengan gemparnya berita seorang guru wanita yang terlalu marah dan telah menggunakan kasut tumit tingginya untuk mengetuk kepala anak muridnya hingga cedera dan bengkak dan ada yang menerima jahitan dikepala. Kemudian diikuti pula dengan laporan kes samun di ladang getah, yang begitu mudah, penyamun tadi mencantas tangan mangsa hingga putus, hanya untuk melarikan wang bukannya 2 billion, tetapi sekadar RM2,000 sahaja. Berita trajidis tidak berakhir disini sahaja, malah keluar pula berita seorang suami yang terlalu marahkan isterinya, telah mencurahkan asid dibelakang badan isterinya kerana mengesyaki isterinya bermain kayu tiga dengan lelaki lain, dimana sebaik sahaja terlihat pesanan sms dari telefon bimbit isterinya. Selepas kejadian, kerana marah yang tidak tertahan, begitu mudah sisuami meneguk asid beracun tadi dengan niat membunuh diri, yang mengakibatkan beliau menjadi arwah 2 hari lalu, dan jenazahnya telahpun selamat dikebumi. Ini tidak termasuk berita dari luar Negara yang semakin muak untuk ditatapi, tiada cerita lain melainkan cerita bom sana sini dan mencatatkan berapa mangsa yang mati. Kemelut pembunuh berani mati yang terjadi di negara negara Islam diserata dunia sudah tidak boleh debendung lagi. Ada sahaja korban yang melibatkan anak anak kecil dan orang orang yang tidak berdosa mati pada setiap hari. Terutama dinegara Iraq. Agaknya inilah sebahagian dari cubaan Allah terhadap penduduk penduduk di atas dunia ini, dan ianya menjelaskan kepada kita semua, bahawa dunia ini semakin bergolak dan semakin sampai ke penghujunnya usia tuanya.
Ayat Quran Sidang jumaat yang dikasihi. Namun cerita trajidis membunuh zuriat sendiri yang berlaku di Georgetown seminggu yang lalu pasti merentap hati dan perasaan sesiapa saja yang membacanya, kerana belum pun reda dua kejadian pembunuhan menyayat hati berlaku di Sentul, Kuala Lumpur, dimana seorang bapa berbangsa Cina telah mencekik kedua anaknya yang berusia 9 dan 7 tahun sehingga mati, manakala bapa malang tersebut turut mati akibat membunuh diri dengan meminum bahan peluntur yang berlaku pada 14 febuari yang lalu, dan sebelum itu pada 9 febuari pula, dimana salah seorang anak perempuan kembar berusia 5 tahun ditemui mati dibungkus dengan karung guni serta ditanam disebuah kebun kelapa sawit berhampiran pekan Taiping, yang dipercayai dibunuh oleh bapanya sendiri, Kini timbul pula kejadian anih terbaharu yang mengemparkan dimana seorang ibu muda berbangsa Melayu yang berusia 30 ‘an sanggup membunuh kejam dua anak lelakinya sendiri yang sedang nyenyak tidur. Hadirin jumaat yang dikasihi, Kita sedih lagi terkilan malah bercampur marah dan geram, kerana peristiwa ini dilakukan oleh anak bangsa kita sendiri yang menganut agama Islam yang suci ini. Islam mengutuk keras perbuatan membunuh yakni mengambil nyawa orang lain, Nyawa dibalas dengan nyawa, apatahlah lagi yang dibunuh itu zuriat kita sendiri. Bayangkan bayi yang berumur 5 bulan dan abangnya yang berumur 6 tahun, pastinya mengelepar kesakitan kerana tengkok mereka dijerut sesuatu bagi bertujuan membunuh mereka, yang dilakukan oleh ibu mereka sendiri yang tidak dapat mengawal perasaan marah yang dirasuk iblis dan syaitan. Kita menyangka kejadian bunuh membunuh anak sendiri seperti ini, tidak akan boleh berlaku di negara kita yang aman damai dan mewah ini. Kalaupun berlaku ianya mungkin dari orang yang tidak mempunyai aqidah dan pegangan agama yang betul ataupun tidak siuman maupun gila. Hadirin muslimin yang dikasihi. Daripada siasatan awal kes ini, dikatakan berlaku perselisihan antara ibu muda berkenaan dengan suaminya kerana marah dan tidak berpuas hati terhadap tindakan suaminya yang curang sehingga sanggup menjadikan anak sendiri sebagai galang ganti bagi membalas dendam. Daripada analisa pakar psikiatri, kejadian yang tidak berperi kemanusian ini adalah berpunca daripada rasa tertekan dan amarah yang meluap luap yang diikuti perbuatan tidak berperi kemanusiaan yang selalunya berbaur negatif. Kebanyakan yang berlaku adalah kerana tidak dapat mengawal atau melepaskan tekanan perasaan, timbul salah faham dan terlalu mengikut perasaan marah yang meluap-luap, tetapi tuan tuan yang dihormati, bahawa marah sehebat mana pun akan dapat dikawal jika kita redzo dan sabar serta pasrah dan akur bahawa segala galanya adalah ujian dari Allah SWT. Kita sedang diuji Tuhan. Ianya perlu diselesaikan secara berhemah dan ditangani secara berhikmah. Kita tidak boleh bertindak terburu buru, mengikut kata iblis dan kehendak nafsu, kerana marah itu nyatanya dari syaitan dan tugasan syaitan itu ialah menghasut manusia kearah kejahatan dan kesesatan. Ayat quran “Syaitan itu sentiasa membawa kamu kepada kesesatan” Hakikatnya ketika marah itu, seronoknya diawal, pahitnya kemudian. Kita berasa seronok memarahi sesaorang yang bersalah, kerana orang yang kita balasah itu telah menerima habuan maki hamun kita, kita berasa puas, sebaliknya seandainya ketika itu kita menahan marah, memang pahit sekali pada awalnya, kerana kita mungkin dituduh dayus dan terlalu sabar, tetapi manis akhirnya. Walaupun hati kita sakit tetapi kesabaran itu manis apabila kita berjaya menahan hati dan nafsu amarah. Didalam Islam digariskan panduan dan ilmu yang perlu dituntutii agar dapat mengawal diri dari menahan kemarahan. Marah adalah salah satu sifat mazmuhah, yakni sifat terkeji yang perlu dijauhi. Sidang jumaat yang dikasihi. Bersifat keji yakni marah atau cepat panas baran eloklah segera dijauhi terutama didalam mengharungi kehidupan kemelut rumah tangga. Pergeseran rumah tangga kerap terjadi kepada pasangan pasangan muda yang hari ini yang terdedah dengan pelbagai isu yang kebanyakkannya mengundang resiko yang bahaya. Isu membawa isteri orang ketika pulang dan pergi ketempat kerja, isteri intim dengan suami orang, isu penghantaran SMS yang berbau cinta, yang mana membuatkan banyak fitnah berlaku yang boleh menggugat hubungan rumah tangga sesaorang. Maka jika berlaku pertelingkahan dari isu seumpama ini, maka janganlah kita cepat marah dan melenting dan bertindak terburu buru tanpa soal selidik. Yang menyebabkan bermulanya berlaku pertengkaran kecil. kemudiannya akan berlaku pukul memukul dan sepak terajang, sedangkan Islam mengajar umatnya, tidak membenarkan memukul muka sesaorang isteri itu melainkan ditempat yang harus dipukul. Kadang kadang konfrantasi dengan isteri ini berlanjutan hingga anak anak yang tidak berdosa akan menjadi mangsa penderaan ibubapa, Lantaran memendam marah dendam berapi yang membara Mengakibatkan banyak perbuatan kejam boleh berlaku atas berpuncanya dari sifat MARAH kedua pasangan suami isteri tadi, kerana marah yang tidak dapat dikawal lagi, ada suami yang sanggup menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus, yang akhirnya bila kebenaran telah diketahui baharu timbul rasa penyesalan yang amat sangat. Malangnya orang kita sangat suka menyesal kemudian seperti kata pepatah melayu “ Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna “ Maka sudah terlambat kerana nasi sudah menjadi bubur, terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap menyesal yang tidak sudah. Yang pastinya atas penceraian kita, anak anak yang tidak berdosa menjadi mangsa konflik ini,. Saudara kaum muslimin yang dihormati. Bersifat marah itu adalah berpunca dari perasaan panas hati kerana sesuatu sebab yang tertentu seperti tersinggung perasaan atau dihina, ditipu dan terasa diri dibuli. Apabila sesoarang itu marah, maka syaitan dan iblis akan menguasai nafsu untuk mengheret sesoorang itu menjadi lebih marah lagi, hingga kadang kadang akan bertindak diluar batasan kemanusian. Cuba kita lihat jika sesaorang itu terlalu marah maka telinganya, wajah mukanya akan menjadi merah padam, seluruh anggota mengeletar dan tidak dapat mengawal perasaan dan akan bertindak ageresif jika dicabar. Rasulullah pernah bersabda : “Marah itu merosakkan iman, seperti jadam merosakkan madu” dan sabda baginda juga: “ Tiada marah seseorang itu melainkan ia hampir kepada api neraka jahannam “ Maka apabila sesaorang itu marah maka perlunya segera kita mengambil wudu’ sepertmana sabda Rasulullah SAW” “Bahawa marah itu daripada syaitan, dan syaitan itu dijadikan daripada api, dan sesungguhnya api itu dipadam dengan air, oleh itu apabila seseorang daripada kamu marah maka hendaklah ia mengambil wudu’”……… Mudah mudahan dengan khubah pendek yang didengari hari ini, semoga ianya menjadi panduan kehidupan agar diri kita semua dapat mengawal emosi marah yang sering terjadi kepada diri kita sendiri. Islam menganjurkan sepaya sifat marah itu biar bertempat. Ketahuilah bahawa semulia mulia insane ialah orang yang sabar ketika mengharungi api kemarahan didalam diri sendiri.
|