Kembali

KHUTBAH JUMAAT
24 SEPTEMBER 2004

TAJUK : Hutang Piutang Dalam Islam

OLEH: Ustaz Hj Mohd Zakuan Hj Tak

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan sidang jumaat yang dihormati sekalian, supaya mempertingkatkan ketaqwaan masing-masing dengan melaksanakan titah perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan kehidupan kita akan diredzoi oleh Allah SWT,


Sidang jumaat yang dimuliakan,
Bersempena dihari yang mulia ini, marilah kita memperkatakan satu tajuk yang jarang jarang kita perkatakan, jarang disentuh, kerana takut terkena keatas batang hidung sendiri. Tetapi ianya mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan kita sehari-hari, iaitu mengenai isu hutang piutang dalam Islam.
Sepertimana yang sama sedia maklum, bahawa setiap orang yang hidup bermasyarakat adalah tidak terlepas daripada hutang piutang, samada kita yang berhutang atau kita yang memberi hutang kepada orang lain. Kita berhutang biasanya kerana keadaan memaksa dan kita memberi hutang pula ialah kerana kita bertimbang rasa atas penderitaan saudara sebangsa. Ini lah ajaran mulia yang disarankan oleh agama kita seperti firmanNya yang berbunyi:


"Hendaklah kamu bertolong tolongan atas kebajikan dan taqwa dan janglah kamu bertolongan diatas dosa dan permusuhan …." Al-Maidah a;2

Begitu juga dengan sabda junjungan Rasulullah SAW:
Yang bermaksud : Allah sentiasa menolong hambanya, selama hamba itu menolong saudaranya.


Dari maksud ayat al-quran dan hadis tersebut, sudah jelas bahawa konsep bermasyarakat dalam Islam hendaklah sentiasa tolong menolong diantara satu sama lain, bahkan menjadi kesalahan dan berdosa, sekiranya kita tidak mengambil berat dalam memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukan, seperti firman Allah pada akhir surah Al-Maun ayat 7:

"Bahwa orang yang termasuk dalam kecelakaan atau neraka wail ialah orang yang enggan memberikan pertolongan kepada orang yang berhak mendapatnya".


Tetapi apa yang mendukacitakan , hutang piutang ini menjadi masalah pula dalam masyarakat kita. Kita rupanya lebih senang berhutang daripada membayarnya. Peniaga kedai runcit sering menjadi mangsa, lantaran ramai pelanggan yang berhutang tetapi liat pula untuk melangsaikan, mengakibatnya peniaga terpaksa gulung tikar. Tambahan arus dunia hari ini, peluang dan ruang untuk mencipta hutang terbuka luas. Bukan sahaja bank-bank perdagangan dan institusi kewangan ataupun koperasi-koperasi melambai lambai mencari pelanggan, malah pinjaman wang boleh diperolehi dari agensi dan ceti yang berselerak disana sini.

Saudara seagama ku sekalian,
Oleh kerana budaya hutang sudah menjadi satu trend kehidupan, maka siapa yang tidak berhutang dianggap ketinggalan zaman. Tetapi gejala berhutang ini jika tidak dikawal maka ia akan memusnahkan kehidupan sesaorang malah akan memudharatkan ekonomi sesabuah negara.

Didalam tempoh dua tiga minggu ini, negara kita telah digemparkan dengan berita jenayah baru yang dipanggil Along, Belum pun sempat kes Tonto dibicarakan kini timbul pula isu baru menghiasai dunia jenayah dinegara kita apa yang dipanggil sendikit pinjam meminjam Along. Along didalam istilah orang melayu disebut sebagai gelaran abang yang tua, yang perlu dihormati oleh adik beradik lain atau tempat pergantungan dan tempat berlindung keluarga. Tetapi Istilah Along yang digunakan sekarang sebenarnya adalah gelaran bagi tempat meminjam wang. Ia bukan bank atau koperasi atau agensi kewangan berlesen. Perniagaan mereka mudah dan tidak perlu ada pejabat mewah, hanya dengan meletakan iklan di kotak peti surat, ditampal di pokok pokok dikawasan perumahan dan didinding dinding kedai. Jika diselidik maka usaha murni mereka meminjamkan wang kepada orang lain adalah merupakan amalan yang mulia, iaitu bagi membantu orang yang sedang dalam kesempitan, tetapi jika peminjam gagal membayar pada tarikh yang dijanjikan, maka mereka akan bertindak kasar dan sanggup mencederakan serta mengancam nyawa peminjam malah mengancam nyawa keluarga peminjam yang tidak berdosa.


Haidirin jumaat yang dikasihi sekalian
Tetapi tindakan mereka juga tidak boleh dipersalahkan, kerana mereka akan bertindak kepada peminjam yang gagal menjelaskan hutang pada waktu yang dijanjikan sahaja. Cara mereka mendapatkan balik pinjaman dengan datang memungut sendiri. kemudian akan bertindak ganas jika wang pinjaman gagal dilangsaikan. Namun kebelakangan ini, tindakan ganas mereka menjadi-jadi, hingga mencabar kedaulatan undang-undang jenayah negara kita sendiri, seolah-olah negara demokrasi kita tidak ada peruntukan undang-undang menghalangi jenayah kejam mereka ini.
Beberapa kes kekejaman Along dilapurkan antaranya, telah membunuh mangsa mereka seorang tentera yang gagal menjelaskan hutang, sanggup memperkosa bergilir-gilir seorang perempuan yang diberitakan gagal menjelaskan hutang, Mendera peminjam dengan memaksa terjun dari bangunan tinggi, ini tidak termasuk merosakkan harta benda, serta ugutan mencederakan nyawa peminjam. Bahkan mereka boleh masuk kerumah tanpa permit yang sah dan mengeledah serta merampas apa sahaja harta sipeminjam. Tetapi kejadian gempar baru-baru ini telah mencelikkan mata masyarakat, dimana kumpulan Along ini dengan begitu berani telah cuba menghalang pasukan keselamatan negara yang cuba menyelamatkan seorang warga tua yang hendak dibakar hidup hidup. Difahami orang tua berumur 70 puluhan itu adalah bapa kepada sipeminjam. Apa salah orang tua itu, hingga sanggup dibakar hidup-hidup. Mana ada jenayah sekejam itu yang berlaku dinegara ini. Lantaran itu masyarakat majmuk dinegara ini, perlu bertindak bersama-sama membenteras jenayah yang tidak bermoral ini sebelum ianya menjadi fenomina biasa.dinegara kita.


Sidang jumaat yang dihormati sekalian,
Gejala jenayah tidak bermoral ini tidak sepatutnya berlaku pada negara kita yang aman damai, dan usaha pihak berkuasa membenteras habis-habisan dengan mengistiharkan perang kepada kumpulan Along dan kuncu-kuncunya patut diberi pujian.


Apa yang mimbar ingin memperkatakan, Adalah disahkan bahawa 90 peratus penglibatan dalam kes meminjam wang dari Along ini adalah dari suku bangsa kita sendiri. Iaitu bangsa Melayu, yang kebanyakkan terdiri dari gulungan peniaga kecilan yang terpaksa meminjam dari Along kerana kesempitan modal pusingan. Dan terpaksa membayar dengan kadar faedah yang tinggi walaupun boleh membayar faedahnya pada setiap hari. Peminjam dikenalpastil terdiri dari kakitangan kerajaan dan pekerja pekerja sector awam.


Sidang jumaat yang dihormati sekalian,
Mengapa kita perlu berhutang. Islam mengajar umatnya supaya menjauhi hutang. Sepertimana saba Rasulullah SAW yang bermaksud: Jauhilah hutang kerana ianya menyukarkan kita tidur malam dan menyukarkan kita berjalan siang kerana takut terserempak dengan orang yang dihutangi. Islam mengharuskan hukum berhutang itu apabila kesempitan dan terdesak ketika makanan tidak ada dirumah. Anak anak menangis kelaparan maka ketika itu harus hukumnya kita berhutang. Islam melarang membuat hutang hanya kerana untuk bermegah-megah dan berhibur seperti berhutang kerana membeli TV besar, perabut mahal yang diimport atau berkereta besar sedangkan pendapatan kita tidak sepadan dengan hutang yang ditanggung.


Saudara saudara yang dikasihi sekalian.
Hari ini sindrom berhutang semacam tradisi. Permintaan kad kredit begitu mudah sekali dimiliki, yang kadang-kadang sesaorang itu mempunyai dua tiga empat kad kredit. Apabila kita ada kad kredit, kita mudah berbelanja dan kadangkala berasa megah kerana kita orang berduit, sebenarnya duit yang kita pakai itu bukan duit kita, ianya duit pinjam. Lantaran itu pada setiap bulan, mengeluh kerana terpaksa membayar kembali apa yang telah dipinjam. Dengan situasi ini hidup kita sudah tidak merdeka lagi, Hari hari memikirkan bagaimana hendak melangsaikan hutang, sedangkan hutang sudah sekeliling pinggang.. Lihat kehidupan Rasulullah sehingga kewafatan baginda, tiada satu dirham pun meninggalkan hutang. Bagaimana kalau kita mati, apa yang kita tingalkan. Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan hutang. yang mengakibatkan waris waris kita terpaksa menjelaskan hutang-hutang yang kita tinggalkan kepada mereka..


Khutbah Ke 2
Hutang Piutang.


Sekali lagi saya berpesan kepada diri saya sendiri dan sidang jumaat yang budiman, supaya mempertingkatkan iman masing masing dengan mengambil dasar taqwa untuk menjadikan kita orang yang soleh dan dikasih tuhan.
Sidang jumaat yang berbahagia.


Kerana hutang yang tidak dibayar, kawan menjadi renggang, saudara seibu sebapa berpatah arang, dan ada adik beradik yang tidak bertegur sapa lantaran angkara hutang. Isu menjadi penjamin kepada pinjaman bank dan koperasi-koperasi perlu difikir habis habisan. Biar betul betul diselidiki agar kawan yang dijamin tidak curang. Biar bergaduh dahulu sebelum bermasam muka dihari kemudian.. Tidak ditandatangi ianya kawan, tetapi jika ditandatangi bererti menempah risiko malang yang bakal mengundang.. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Bukan semua orang tetapi kadang-kadang.


Mimbar ingin memberi peringatan kepada tuan-tuan sekalian, bahawa telah banyak teladani didengari, dimana sebahagian peminjam yang berjaya mendapatkan pinjaman engkar dan gagal membayar pinjaman, yang kadang kala disebabkan pemberhentian kerja, diberhentikan kerja atau mendapat kerja di syarikat lain. Apabila potongan gaji tidak boleh dilakukan maka para penjamin akan diarah membayar hutang yang ditinggalkan. Orang lain menikmati pinjaman sedangkan orang lain pula terseksa melangsaikan hutang. Perbuatan seperti ini adalah perbuatan yang tidak berhati perut dan dzalim. Kita hairan mengapa ada kawan begini yang sanggup membunuh kawan. Akhirnya peminjam sukar dicari dan sering menghilang. Bila berjaya dihubungi, bersumpah akan menyelesaikan segala-galanya, Pembohong janji hanya tinggal janji, pergi kerumah mangga pintu digari, jiran sebelah berkata tidak pernah nampak dah beberapa hari dan ada yang berkata telah balik negeri.

Mimbar memberi peringatan kepada hadirin sekalian, supaya perbuatan biadab ini jangan dibuat dan dilakukan. Lupakan kita kalian ketika sedang menghantar jenazah rakan untuk dikebumi. Seorang dari waris simati akan tegak berdiri dan akan bercakap seperti ini : Tuan-tuan yang dihormati, sipolan telah pergi, pergi menemui Tuhan yang abadi. Sebelum itu diminta supaya hadirin sekalian menghalalkan hutang piutangnya jika ada, tetapi jika tidak mahu menghalalkannya maka saudara sekalian boleh menuntut dari warisnya walapun sesen yang dihutangi. Kerana roh simati tidak bertempat , tidak diatas dan tidak dibawah sehingga hutang didunianya diselesaikan dahulu oleh waris-warisnya. Oleh itu wahai saudara saudaraku, mahukah roh kita nanti tergantung seperti itu bila hari kematian kita nanti.

  Keatas Kembali