KHUTBAH JUMAAT OLEH : Ustaz Hj Mohd Zakuan Hj Tak
Marilah kita sama sama kita berusaha meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT yakni dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah mudahan kehidupan kita semua akan diberkati oleh Allah SWT . Sidang jumaat yang berbahagia. Dikesempatan hari jumaat yang mulia ini, marilah kita menghadapkan wajah dan seluruh jiwa raga kita kepada Allah SWT, dengan bertafakur, berfkir dengan sedalamnya tentang kebesaran zat Allah SWT itu dan memikirkan segala nikmat anugerahNya kepada kita. Alangkah hebatnya alam yang terbentung luas ini, teratur dan sempurna sekali isi kejadiannya. Semua ini adalah bukti kebesaran Allah SWT semata mata. Tetapi kenapa ramai orang yang sangat tertarik dengan keindahan alam, tetapi tidak tertarik kepada Tuhan yang menciptakan keindahan itu. Kenapa ramai orang yang menyukai dan gembira dengan pemberian nikmat rezeki Allah yang merimpah ruah, tetapi tidak tertarik sama sekali hatinya untuk memuji dan menyembah Allah. Ramai pakar pakar yang begitu giat menjalankan penyelidikan terharap seluruh bahagian alam ini, dan mereka berjaya mencungkil rahsia dan kekuatan yang terpendam di dalamnya. Dengan mengetahui rahsia ini maka manusia hari ini berjaya mengeluarkan minyak dan galian dari perut bumi, Berjaya membiakan pelbagai jenis haiwan dan juga tumbuhan, menghasilkan peralatan teknologi tinggi, yang membolehkan besi terbang diangkasa, dan terapung disamudraraya. Yang pastinya memberi manusia itu, menikmati kehidupan selesa dan menjadikan manusia itu kaya raya diatas dunia ini. Sidang jumaat yang dihormati. Tetapi mengapa pakar pakar yang begitu dalam pengetahuan dan pemikiran, yang kebanyakan dari mereka tidak mahu mengingati dan menyembah Allah yang mencipa alam ini?, Mereka sudah tahu bahawa alam seluruhnya adalah untuk keperluan manusia, tetapi mereka lupa untuk apakah tujuan manusia itu dicipta oleh Allah. Untuk apakah gerangan manusia diciptakan di atas muka bumi ini. Apakah hanya untuk makan, minum dan bersenang senang sahaja. Lalu mereka mati, dan disemadikan di dalam tanah kubur yang gelap sekali. “ Dari tanah kami dijadikan dan kepada tanah juga kamu dikembalikan.” Kalau hanya demikian, bererti kehidupan manusia ini adalah sia sia sahaja. Manusia yang sempurna pemikirannya tidak menerima pendapat begitu, seolah olah kehidupan manusia disamakan sahaja dengan kehidupan tumbuh tumbuhan dan haiwan, Jika hanya untuk makan dan minum kemudian lalu dimatikan menjadi tiada. Sedangkan kita manusia, dianugerahkan akal fikiran manakala haiwan dan tumbuhan lain itu tidak mempunyai akal dan fikiran. Jadi kalau begitu apakah perlunya akal yang hebat itu?. Para Nabi, Rasul dan kitab kitab suci yang mereka bawa mengajak manusia untuk percaya bahawa manusia dicipta Allah bukan dengan sia-sia. Firman Allah: “Apakah manusia mengira bahawa mereka dijadikan sia-sia”. . Al-Qiamah 36. Allah juga dengan tegasnya berfirman: “Tidak aku ciptakan Jin dan Manusia itu melainkan untuk beriabadah kepadaku”… Az.Zariat 56. Hadirin sekalian, Untuk hidup, manusia perlu makan, minum, tidur, mandi bekerja dan melakukan pelbagai aktiviti, tetapi bukan itu tujuan hidup sebenar manusia. Itu hanyalah sebahagian keperluan untuk hidup. Tujuan hidup sebenar manusia ialah hanya semata-mata menyembah Allah dan mengabdikan diri kepadaNya. Pelbagai cara untuk menyembah dan mengingati Allah, seperti memuji dan menyebut nyebut namaNya, mengerjakan segala perentah dan menjauhi segala laranganNya, Tetapi cara yang paling sempurna, lengkap dan berdarjat tinggi ialah dengan mengerjakan Sembahyang atau pun Solat, baik yang wajib maupun yang sunat. Firman Allah: “Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, dan cara mengingati Allah yang paling hebat”… Al-Ankabut 45. Sembahyang atau solat itu, hebat statusnya dalam pandangan Allah, hebat cara penurunan kepada Rasulullah SAW, hebat cara melakukannnya, ditentukan waktunya, terikat kepada beberapa syarat rukun dan sunat sunatnya. Di antara syaratnya mestilah suci dari hadas kecil dan besar, Tubuh badan, pakaian dan tempat solat mestilah bersih dan segala najis dan kotoran dan mesti menghadap kiblat (Baitullah). Kedudukan Solat adalah sebagai tiang agama, tertegaknya solat maka tegaklah agama dan runtuhnya solat maka runtuhlah agama, dan kita harus INGAT.. ianya merupakan soalan pertama yang akan diajukan kepada kita semua sewaktu sekalian manusia itu dihisab dipadang Masyar nanti. Mari kita dengan sabdaan Nabi SAW: “ Persoalan pertama yang akan ditanya manusia di akhirat kelak dan amalannya ialah persoalan solat. Jika solatnya diterima oleh Allah, maka akan diterima seluruh amalannya yang lain dan sekiranya solatnya ditolak oleh Allah, akan ditolak semua amalannya ”…. riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majjah) Hadis ini bermaksud : Jika ibadah solat itu diterima Allah, maka akan diterima semua amal ibadah yang lain, tetapi jika ibadah solat itu ditolak maka ibadah yang lain juga akan ditolak. Kerana solat ini terlalu tinggi darjatnya disisi Allah, lantaran itu perintah solat ini diterima Nabi secara langsung daripada Allah SWT di arash Illahi. Sedarlah wahai saudara saudara seagamaku sekalian, Walaupun sesaorang itu banyak puasanya, Tidak ternilai zakatnya, berbilang haji dan umrahnya, bertimbun sedekahnya, hatta mampu memberi makan kepada fakir dan miskin setiap hari merupakan minat jariahnya yang berterusan, namun kalau ianya tidak bersembahyang atau sembahyangnya tidak mengikut cara yang betul, maka semua amalan yang banyak itu tidak dapat menolong dirinya diakhirat nanti. Semua ibadah yang dianggap banyak itu akan menjadi debu yang berterbangan. Begitu juga kita sebagai orang Islam, sedarjat mana keturunan bangsawannya kita, Sebesar mana status kedudukan kita, setinggi mana pangkat kita, sekuat mana tenaga kita, semegah mana kekayaan kita, - Kalau tak sembahyang apalah gunanya. Saudara saudara yang dimuliakan. Rukun solat itu terbahagi kepada 13 belas perkara, enam gerak jasmani, enam gerak lidah dan satu gerakan hati. Gerak jasmani ialah berdiri betul, ruku' iktidal, sujud, duduk diantara dua sujud dan duduk tahiyat akhir. Dengan enam gerak jasmani ini bererti setiap bahagian jasmani manusia turut beribadah terhadap Allah, Tangan ,kaki, lutut, pinggang, kepala , jari jari kaki, jari jari tangan, termasuk leher dan punggungnya. Pendek kata, seluruh bahagian dari bahagian badan manusia itu terlibat sama beribadat terhadap Allah ketika melakukan solat. Solat merupakan satu satunya ibadah yang menggerakan seluruh bahagian jasmani dan rohani semata mata untuk Allah, Malah ketika Solat, Haram melakukan perbuatan lain, kecuali dengan sebab darurat. Didalam melakukan setiap gerak badan dalam solat, mulut kita menyebut kalimat kalimat yang sangat indah, semuanya berupa pujian, penghurmatan dan munajat yang kita tujukan kepada Allah SWT semata-mata, sehingga jika setiap gerak dan bacaan itu dilakukan dengan khusyuk, penuh kesedaran maka semuanya itu akan memberi pengaruh yang sangat besar terhadap diri, jasmani dan rohani, pemikiran serta akhlak kita, Sehingga solat itu benar benar dapat mencegah kita dari melakukan sebarang perbuatan keji dan mungkar. Tetapi sayangnya, disebabkan kerana kurang kefahaman atau kelemahan iman sesaorang, solat dilaksanakan dengan sambil lewa sahaja, lalai dan lengah sepanjang masa, dibuat seolah olah terpaksa atau kerana menghurmati Ketua atau hormat kepada Pak mertua. Malas dan tiada khyusuk dan tiada rasa tawaduk, Bayangkan empat rakaat boleh disempurnakan, hanya dengan 2 mint setengah sahaja. Aurat pula hanya ditutupi pada pusat dan kedua kepala lutut sahaja. Berkain pelikat sahaja, Tiada berbaju dan lebai dikepala. Sembahyang yang sedemikian rupa adalah sia sia sahaja dan tidak memberi pulangan pahala apa-apa. tidak memberi ketenangan jiwa dan tidak dapat menjauhi kemungkaran dan bala. Malah akan menerima kutukan dan celaan dari Allah yang maha Esa. “ Maka celakalah bagi orang orang yang solat. Iaitu orang orang yang lalai dari solatnya dan orang orang yang riak “…. AlMaun 4-6 Solat yang dikerjakan dengan lalai, lengah dan sekadar untuk menunjuk nunjuk kepada orang, dibuat bukan kerana kewajipan maka ianya akan mendapat kemurkaan Allah, malah kesan solat ini tidak dapat merubah akhlak dan penghidupan sesaorang manusia. Semoga Allah menjauhkan kita semua dari bersolat seperti ini. Sidang jumaat yang berbahagia. Ibadah solat akan menjadi semakin hebat sekali, kalau kita mengkaitkan luas dan bulatnya bumi yang kita diami ini. Dari putaran dunia 24 jam yang mengelilingi matahari yang mencetuskan malam dan siang dipelusuk tanah dibumi. Kita harus tahu bahawa umat Islam hari ini berada diserata pelusuk dunia ini. Di Eropah, Amerika, Australia lebih lebih lagi di Afrika dan Asia. Kerana bumi ini bulat dan waktu solat itu menurut peredaran bumi disekeliling matahari, maka bila di Malaysia orang solat Zohor, Di Amerika orang solat Isyak, Di Eropah orang solat Subuh, dan di Asia pula orang solat Asar, dan begitulah seterusnya sehingga setiap detik dalam 24 jam itu tidak pernah kosong dari orang yang sedang bersembahyang menyembah Allah. Bahkan ruang udara ini tidak pernah kosong ann sunyi dari suara umat Islam yang menyeru dan memuji Allah dalam kalimah azan yang dilaungkan. Allahuakbar ..Itulah hakikatnya, manusia itu diciptakan hanya semata mata untuk beribadah kepada Allah SWT. Dunia ini bertambah indah dengan adanya syiar agama Islam, dimana manusia lain sedang sibuk dengan pelbagai aktiviti harian diceruk pelusuk dunia, jutaan kaum muslimin pula, ada yang sedang berdiri, yang ruku' dan yang sedang sujud menyembah, memuji dan bermunajat kepada Allah SWT. Dunia manusia di permukaan bumi menjadi indah dengan ibadah dan solat muslimin. Sebaliknya dunia akan menjadi sepi dan tidak bererti sekirannya tiada muslimin di permukaan bumi. Dunia akan menjadi hutan jika tidak ada manusia yang beribadat dan memuji Allah di atasnya. Mungkin jika dunia ini sudah tiada kendengaran penghuninya memuji Allah mungkin ketika itu KIAMAT akan berlaku. Wallhualam. Hadirin jumaat yang dihormati, Semoga Khutbah yang didengar ini, akan memberi peringatan kepada kita semua, agar jangan sesekali meninggalkan solat tanpa uzur yang dibolehkan, Dalam apa jua keadaan solat itu wajib dikerjakan dan tidak boleh ditinggalkan dan diringankan sama sekali. Jika sihat begini caranya dikerjakan, jika sakit begini caranya didirikan Jangan hanya kerana kepentingan duniawi, sembahyang itu kita tingal tinggalkan, seperti ketika bersukan, ketika mengadakan majlis kenduri perkhawinan dirumah, keasyikan menonton TV, atau berada didalam majlis majis hiburan, banyak diantara kita tewas dan tidak mengerjakan solat sehingga luput waktunya. Mengikut hukum, pelakunya adalah berdosa dan diakhirat nanti akan disiksa kerana meninggalkan kewajipan sembahyang. Meninggalkan sembahyang seumpama ini tidak boleh diqado'kan kerana qado itu adalah untuk orang yang terlupa atau tertidur sahaja, sepertimana yang dijelaskan oleh kitab feqah.
|