KHUTBAH JUMAAT TAJUK: Tsunami Berulang Kembali Para jemaah solat Jumaat yang dihormati, Marilah kita sama sama melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT atas nikmat yang kita terima pada saat ini, dengan mempertingkatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah SWT, yakni dengan mengerjakan segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang ditegah. Berdirinya saya dimimbar mulia hari ini, adalah semata-mata untuk memberi peringatan agama kepada diri saya sendiri dan juga tuan-tuan sidang jumaat yang dirahmati, seperti firmannya :
Yang bermaksud : Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada sekalian mukmin…Az-Zariat a 55. Sidang jumaat yang berbahagia. Mimbar jumaat mulia hari ini ingin membawa sidang hadirin sekalian berfikir sejenak akan berlakunya beberapa kejadian bala yang menimpa sebahagian dari umat Islam didunia ketika ini. Semuga dengan sedikit paparan yang dipedengarkan ini, mampu menginsafi diri kita betapa bertuahnya kita ini yang hidup di dalam sebuah Negara yang aman dan bahagia. Mari kita menoleh ke negara Palestin dan Lebenon yang telah hampir 2 minggu dibelasah dengan kejamnya oleh ziones Israil Laknatulullah yang mengakibatkan beratus nyawa manusia yang tidak berdosa mati akibat ledakan bom dan tembakan membabi buta oleh tentera Israil terhadap penduduk Islam disana. Mereka melakukan penganiayaan tanpa memperdulikan kepada esakan suara kanak-kanak yang tidak berdosa, laungan jeritan penduduk awam lari lintang pukang, dentuman bangunan ranap akibat gugusan bom yang dijatuhkan di bumi Palestin dan Lebanon. Tiada Negara yang berani menghalang akan kebiadapan dan tidak berpekerimanusianya Israil ini. Yang ada hanya pejuang Hizbulah yang kerdil yang disokong oleh Syria dan Iran. Negara Islam lain hanya mampu mengutuk serangan ini dari jauh atau sekadar membuat demonstrasi jalanan. Hadirin sidang jumaat yang dihurmati. Beraleh pula kita pada dunia disebelah sini, menyaksikan pula deritanya sebuah Negara yang tidak putus putus dirundung malang dan menerima ujian hebat dari Allah SWT, iaitu jiran kita, Negara Indonesia. Belum pun reda kesedihan Tsunami pada Disember 2004, yang mengurbankan hampir 270.000 ribu rakyatnya, 3 bulan kemudian didatangi gempa bumi di GunungSitoli, di Nias, Sumatra barat, Letupan Gunung Sitoli yang dijangkakan rupanya gempubumi di Yogyakarta pula yang menjadi trajis. Didalam rakyatnya yang trauma menanti kejadian bala dibumi mereka itu, kini TSUNAMI yang tidak langsung dijangkakan datang, membadai pantai selatan pulau jawa tersebut Tempat peranginan bernama PANGANDARAN yang indah ini memang tidak diduga sama sekali oleh Indonesia akan berlakunya Tsunami. Tetapi siapakah kita yang mampu meramal kuasa dan kehendak Allah SWT. Tsunami yang berlaku pada Isnin yang lalu dicetuskan gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter yang menghempas pesisiran pantai sepanjang 180 kilometer di Jawa yang sebelum ini tidak terjejas langsung dalam Tsunami pertama pada Diseber 2004. Gelombang besar setinggi dua meter, turut memasuki sejauh 200 meter ke daratan di beberapa kawasan yang memusnahkan rumah, restoran dan hotel hotel. Akibatnya kini 550 telah dipastikan mati dan 275 yang lain masih disenaraikan hilang,, manakala ribuan tempat tinggal menjadi padang jarak padang terkukur. Apa yang ada disana sekarang ialah sanak saudara yang masih hidup masih mencari mangsa dicelah runtuhan bangunan dan Lumpur yang ditinggal Tsunami. Peristiwa amukan ombak besar TSUNAMI ini benar benar membuka mata, kepala dan fikiran kita betapa kecilnya kita, betapa kerdilnya kita dan betapa terdedahnya kita kepada apa jua bencana dan pancaroba. Betapa lemah dan tidak berdayanya kita melawan dan meramal kuasa Allah. Bagaimana pintar dan berjaga-jaganya kita sekalipun, namun jika malang akan datang menimpa, kita akan tetap tersungkur dan terperangkap tidak dapat melepaskan diri walaupun mampu lari hingga kegunung yang tinggi. Mari kita perhatikan firman Allah SWT didalam kisah Nabi Nuh dengan anaknya yang tersebut didalam Surah Hud ayat 42 & 43. Yang berbunyi:
Yang kira-kira maksudnya : Dan bahtera Nuh meluncur diatas ombak yang besar seperti gunung. Nabi Nuh berseru memanggil anaknya yang memecilkan dirinya dari kumpulan beriman yang hendak menyelamatkan diri dengan Nabi Nuh “ Wahai anakku marilah naik kapal bersama kita dan janganlah menyertai orang-orang yang kafir dan ingkar itu. Berkata anaknya “ Aku akan pergi dan mendaki gunung yang kemudian akan melindungi aku dari ditenggelami air “ Berkata Nabi Nuh “ Tiada apapun yang akan dapat melindungimu pada ketika ini dari bencana Allah melainkan orang yang dipelihara dan dikesihani Allah “ Maka datanglah ombak yang amat besar antara mereka dan tenggelamlah anaknya bersama mereka yang ingkar tadi. Muslimin yang dirahmati Allah sekalian, Kejadian Tsunami yang melanda persisiran pantai Pangandaran, Pulau Jawa Indodesia, negara jiran kita ini, mengundang kita berfikir bahawa hidup ini tidak sepanjangnya aman dan tenang seperti setenangnya air laut sebelum kejadian Tsunami datang melanda. Sehingga ketenangan dan keenakan hidup itu membuat kita kadang-kadang lupa dan menjauhkan kita dari mengingati Allah yang mencipka segala. Bukan setakat kita lupa dan jauh dari mengingat Allah, malah kita sudah mula berani mengingkariNya dengan perbuatan perbuatan dan sikap angkuh kita. Kita berani menidakkan nikmat dan kasih sayangnya, kita berani meninggalkan suruhan-suruhannya, malah kita berani pula mengerjakan larangan-larangannya, Allah Taala itu maha berkuasa, maha perkasa , maha pengasih lagi maha penyayang, Namun dalam masa yang sama Allah maha tegas, jangan dicoba coba, dipermainkan atau hukum hakamnya dipersenda. Muslimin yang dirahmati Allah sekalian, Sejurus selepas kejadian Tsunami 2004 dulu, pemimpin dunia sepakat memutuskan sistem amaran awal “ Early Warning System” harus dibuat dan diletakkan dibeberapa tempat stratigik guna menghadapi dan berjaga-jaga. Indonesia telah meletakkannya di tiga tempat stratigik, manakala Amereka dan Jepun meningkatkan kecangihan system ini bagi mengesan jika Tsunami berulang kembali, maka sebaran awal akan diumumkan kepada penghuni pantai. Malang nya semua system ini tidak berjalan dengan sempurna dimana Indonesia memberi alasan ketiga tiga alat yang dipasang itu, rosak dan masih tersadai tidak diperbaiki, malah Amerika pula memberi jawapan kecuaian pegawai pegawainya yang tidak berpengelaman yang lambat memberitahu dunia akan berlaku kejadian gempa dilautan ini. Begitu lah kuasa Allah, tiada siapa dapat menandinginya walaupun beberapa persediaan telah dilakukan. Muslimin yang dirahmati, Dalam pada itu, mari kita mengaji dan muhasabah akan diri kita sendiri, Apa saja yang telah kita lakukan selama ini yang telah menyebabkan Allah menurunkan bala yang bermacam-macam. Kejadian anih dan bala bencana yang melanda dunia diakhir akhir zaman ini, hampir hampir tidak kita percaya , Banjir besar di sana sini, Kemarau yang menggila, Kebakaran hutan berbulan bulan, Tanah runtuh, Banjir lumpur, Gempa bumi, Tsunami dan lain-lain, tidak termasuk negara negara Islam yang menghadapi kehidupan didalam kancah peperangan yang tidak nampak noktah kesudahan. penderitaan dan kebuluran disana sini. Bagi sebuah negara pula, apa pula jenis pendekatan dan pengiktibaran yang harus dilakukan. Apakah negara dipimpin dengan baik dan bersih, tiada kemungkaran dan pelanggaran hukum Allah secara melampau dilakukan dan dibiarkan berlaku, berlaku adil dan baikkah kita kepada rakyat, kepada orang-orang yang lemah, orang-orang tua yang dhoif, orang orang alim, dan wali-wali Allah. Kita juga harus ditanya? Hormatkan kita kepada kedua orang tua kita, datuk nenek kita, jiran tetangga kita. Hormatkah kita dengan hari-hari dan malam-malam berkat kebesaran agama kita, malam Jumaat, malam-malam Ramadzan, malam awal Muharram, Malam Maulidur Rasul, Malam malam kedua hari raya. Kita takuti malam malam ini telah kita isikan dengan acara-acara dan amalan yang mungkar atau yang tidak secocok yang boleh menodai kesucannya.. Kita jangan memandang remeh akan peringatan-peringatan yang telah difirmankan oleh Allah SWT dalam Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW dan jangan merasa senang bahawa apa yang kita buat yang merupakan mempermainkan peringatan Allah atau kerja kerja maksiat yang kita lakukankan selama ini, tidak didatangi bala oleh Allah. Lalu merasa aman tidak perlu bimbang. Kita tidak sedar bahawa perbuatan-perbuatan tersebut dibiarkan oleh Allah untuk menduga adakah kita ingat atau kesal akan keterlanjuran kita. Lalu kita taubat atau sememangnya kita lupa terus dan melupakannya. Cuba kita perhatikan firman Allah SWT dalam surah Al-Isra’ Juz 15, ayat 16-17 :
Yang kira maksudnya begini : Dan jika kami Allah hendak membinasakan sesuatu negeri itu, maka orang orang hidup mewah disuruh melakukan ketaatan dan kebajikan tetapi mereka sebaliknya melakukan kedurhakaan dan kebinasaan dalam negeri itu, maka sepantasnyalah negeri itu menerima padahnya. Maka kami hancurkanlah negeri itu sehancur-hancurnya. Maka sudah berapa banyak jenarasi/kaum sesudah Nuh yang telah kami Allah binasakan. Dan sudah cukuplah tuhanMu ( Ya Muhammad) maha mengetahui lagi maha melihat dosa-dosa hamba-hambanya…..Al-Isra’ a: 16 & 17. MasyaaAllah…La haula wala…Menyorot kejadian Tsunami kedua yang berlaku di Negara Indonesia Isnin lalu, ada penduduk Islam di Pangandaran yang merasa lega dan bersyukur kerana pantai ini didatangi Tsunami, kerana tiada lagi gerai dan warung seks disepanjang pantai ini lagi. Mengikut penduduk tempatan disini, mengatakan terdapat beratus-ratus kafe, gerai dan warung mempunyai pekerja seks yang menawarkan perkhidmatan seks kepada pengunjungnya. Kafe ini akan berperorasi mulai jam 7 malam hingga menjelang subuh. Perniagaan haram, memperdagangkan tubuh batang manusia ini lebih rancak jika pada malam minggu, hingga dikenali disini sebagai pasar wanita. Selain dari menyediakan minuman keras, kafe itu juga menyediakan bilik khas untuk disewa tetamu yang mahu berasmara dengan pekerja seks. Walau pun kebanyakan orang menyangka disitu adalah tempat pasar pelancongan, sebenarnya 40 peratus daripada lot di situ dijadikan tempat pelacuran. Orang orang Islam yang beriman disini, merasa lega kerana Tsunami kali ini memang membawa hikmah yang besar. Allah telah menghapuskan mereka dan kawasan Pangandaran ini, tanpa perlu tindakan dari pihak berkuasa disana, kerana tempat ini sudah telah terlalu jijik dan kotor dengan kemaksiatan yang melampaui batas tata susila keislaman. Tuan tuan sidang jumaat sekalian, Oleh itu kita harus mengkaji bahawa bala yang didatangi Tuhan itu juga adalah dari kesilapan tangan tangan manusia itu sendiri, maka perlunya kita berhati hati agar ada segan dan silunya kita melakukan sebarang kerja kerja yang dilaknati Tuhan. Biar bagaimana status kita, Orang berada dengan cara maksiat orang berada, manakala orang yang miskin melarat pun tidak terlepas dari melakukan maksiat. Setiap individu muslim itu terdedah dengan ujian dan cabaran, samada diuji ketika senang lenang dibaluti kemewahan atau pun diuji ketika sedang melarat dan menderita. Jadi dimana kita ? bagaimana kita ? Mau apanya Kita ? Jika azab Allah mengekori kita. masih mau mengingkari kuasa dan amaran Allah? Ketahuilah, jika sudah sampai tiupan sanga-kala dari Malaikat Isrofil atas perintah Allah, maka tiada lagi tempat berlindung, tiada gunanya lagi early warning system dan tiada gunanya lagi percobaan–percobaan mahu lari menyelamat kemana-mana. Semuanya akan musnah, sepertimana firman Allah SWT didalam Surah At-Takwir dan Al-Infitar, juzuk 30:
Semua kejadian-kejadian ini adalah atas perintah Allah, dan tiada siapa yang dapat mengelakkannya dari terjadi kecuali Allah. Bala-bala besar seumpama ini adalah merupakan tentera-tentera Allah yang turun dan menjelma ke bumi untuk melaksanakan perintah Allah, dan apa yang ada dihadapannya akan musnah kecuali manusia yang mahu dipelihara Allah bagi meneruskan amanat Allah dan sebagai contoh dan peringatan Allah di masa akan datang.
|