KHUTBAH JUMAAT OLEH: Ustaz Hj Mohd Zakuan Hj Tak Tajuk : Pengaruh Black MetalSidang jumaat yang dirahmati. Marilah sama sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT, yakni dengan mengerjakan segala suruhannnya dan meninggalkan segala larangannya, mudah mudahkan kita semua akan mendapat rahmat dan kasih sayang dari Allah SWT. Sidang jumaat yang berbahagia. Masalah gejala social kini telah menjadi isu nasional yang semakin membimbangkan, Baik kepada ibubapa, masyarakat dan juga Negara. Dari tahun kesetahun statistic menunjukkan bahawa jumlah kes gejala social dikalangan orang Islam terutamanya remaja Melayu semakin bertambah meningkat, mengatasi bangsa bangsa lain dinegara ini. Kes kes yang dilapurkan seperti membuang bayi, rogol dibawah umur, sumbang mahram, kehamilan remaja, lari dari rumah, keganasan penderaan kanak kanak dan juga penyalahan penggunaan dadah, gensterisem disekolah sekolah, dan bermacam macam lagi. Menurut statistic yang dikeluarkan oleh jabatan siasatan jenayah dilapurkan daripada 1367 mangsa sumbang mahram di Negara ini dalam tempoh dua tahun, sejumlah 984 orang daripadanya adalah merupakan kanak kanak Melayu yang kebanyakan berumur 16 tahun kebawah. Haidirn muslimin yang dirahmati. Pernahkan kita terfikir, dizaman serba maju ini, ada bapa yang sanggup memperkosa anaknya sendiri, Ada anak remaja yang sanggup membunuh ibubapa sendiri kerana ketagihan dadah. Ada pelajar dibangku sekolah yang sudah ketagih arak, menghidu gam dan memakan pil khayal dan sebagainya. 50 tahun dahulu, sewaktu negara kita belum merdeka, tiada kedengaran perkara anih ini semua. Pergaulan bebas remaja hari ini bermula dari penglibatan remaja yang diperangkapi cinta monyet yang mengabaikan mereka sebagai seorang pelajar sekolah, kecenderungan mereka terhadap hiburan melampau, sikap suka berpoya-poya, rendah akal budi dan luntur jatidiri, ditambah ketidak pedulian masyarakat sekeliling, telah mengheret mereka begitu mudah tersungkur kekancah maksiat, hingga sanggup melakukan kerja terkutuk yakni perbuatan zina disana sini. Mari kita dengar larangan keras dari Allah SWT melalui ayat suci kitab al-Quran nur karim :
Yang bermaksud “ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat ( yang membawa kerosakan)…..al-Israq ayat :32 Sidang jumaat yang di kasihi. Kini satu lagi maksiat baru yang dicipta reka oleh mudamudi barat menular hebat masuk kenegara kita. Dari pembongkaran eksklusif yang didedahkan oleh sebuah majalah tabloid tanahair baru baru ini, mengenai pengaruh dan bahayanya kumpulan Black Metal kepada remaja Melayu dinegara ini, benar benar mengejutkan ibubapa dan masyarakat dinegara kita. Pendedahan ajaran kumpulan Black Metal ini terbongkar, dimana pada hari Sabtu yang lalu, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan telah menahan 105 orang remaja termasuk empat wanita ketika asyik berpesta dalam satu konsert Black Metal di sebuah bangunan lama di kota Seremban. Semuanya yang ditangkap berusia sekitar 20-an dan 30-an tahun dan yang sedihnya, 100 peratus mereka itu adalah anak muda Melayu. Kerana tindakan serbuan pantas ini, sekurang kurangnya telah berjaya menghalang anggota kumpulan ini yang difahamkan berada di Singapura, Perlis, Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor bersiap sedia untuk datang melakukan perkara perkara yang bertentangan dengan ajaran dan tatasusila Islam. Sidang jumaat yang dimuliakan. Rupa rupanya pengaruh Black Metal di Negara ini adalah digerakkan oleh sebahagian anak anak muda berpelajaran tinggi lulusan luar Negara, penuntut institusi pengajain tinggi (IPT) serta ada yang telah bekerja dengan menjawat jawatan yang hebat. Lebih membimbangkan, ramai pelajar dalam bidang keagamaan di sekolah dan IPT turut terlibat dalam kumpulan muzik metal yang membawa aliran ekstrem yang dipanggil ( J.I.T. ) atau nama singkatan JANGAN IKUT TUHAN. Sidang jumaat yang dimuliakan. Mimbar jumaat mulia hari ini, ingin memberikan sedikit kefahaman dan peringatan untuk kita semua supaya dapat memikirkan dan bertindak langsungnya, demi maruah bangsa dan agama Islam yang kita anuti ini, dari dicemari budaya haprak dari barat ini. Kerana ianya boleh mengancam aqidah dan keruntuhan akhlak anak anak remaja kita di negara ini. Apakah itu Black Metal tuan-tuan sidang jumaat yang dihormati sekalian, pengaruh dan kesan buruknya kepada anak bangsa, Negara dan juga agama. Mungkin ada diantara kita yang tidak peka, kurang membaca dan kurang mengambil tahu hal dunia sana sini, tanpa kita sedari rupanya kefahaman ini, barangkali telah menular didalam rumah kita sendiri. Telah menular dalam masyarakat kita sendiri. Dimana anak anak remaja kita telah dirasuk dan menganggotai kumpulan rentak muzik Black Metal ini. Sidang jumaat yang dihormati, Pengaruh buruk Black Metal ini, telah bermula dinegara ini sejak tahun 80-an lagi, dan semakin aktif pada awal 90-an. Black Metal ini adalah satu genre muzik metal tetapi ia membawa rentak muzik serta fahaman yang ekstrem dan paling berbahaya, berunsur kesyaitanan, antitauhid, kegelapan dan kekejaman. Antaranya ada upacara memuja syaitan, minum darah sendiri dicampur darah kambing, membakar al-Quran dan yang lebih teruk, melakukan perbuatan zina diatas kitab Al-Quran ini. Nanguzubillah hi min zalik. Kefanatikan yang melampau terhadap Black Metal seterusnya hingga ke tahap ada yang sanggup memakan makanan haram iaitu memakan daging babi, menyalahgunakan dadah dan menyembah syaitan semata-mata bagi menunjukkan mereka itu adalah pengikut Black Metal yang setia dan sejati, atau dalam istilah kumpulan ini dipanggil TRUE. Kita percaya dengan pegangan aqidah yang longgar, tanpa mempunyai latar belakang pendidikan agama yang kukuh pada sebahagian dari remaja kita hari ini, maka sudah tentu mereka akan sanggup melakukan apa sahaja, malah lebih dari itu kerana remaja hari ini lebih mengutamakan konsep setiakawan dari menghurmati kata ibubapa dan tegahan peradaban agama. Ehwal muslimin yang dikasihi. Fahaman dahsyat yang mengagungkan syaitan dan menghina Tuhan itu, dipaparkan dalam lirik lirik lagu kumpulan ini, bagi mudamudi Kristian dibarat, mereka mengaku diri sebagai syaitan, membakar gereja dan membunuh paderi paderi, Manakala lambang syaitan dilekatkan pada pakaian, nama syaitan sebagai nama kepada kumpulan, Objek salib mereka terbalikkan sebagai lambang anti agama. Pada Kristian perbuatan itu tidak menjadikan mereka murtad dari agama mereka. Tetapi agama Islam itu berlainan, kerana tersilap perbuatan dan tergelincir pegangan mengenai kepercayaan tauhid kepada Allah, menjadikan seorang itu boleh terkeluar dari agama Islam atau dipanggil Murtad. Nanguzubillah --Ini yang kita takuti berlaku pada anak remaja kita.. Untuk pengetahuan saudara saudara sekalian, Hitam pula adalah menjadi warna rasmi kumpulan mereka dan kumpulan muzik Black Metal dari barat yang membawa kefahaman kesyaitanan ini, terdapat di negara negara Norway, Sweden dan Greece. Kini kumpulan tersebut mempunyai pengikut yang ramai di Negara ini dan ketaksuban inilah yang menyebabkan sebilangan anak anak muda Melayu berebut-rebut untuk menjadi ‘TRUE’ hingga menubuhkan kumpulan kumpulan muzik menggunakan nama syaitan dan ada di antara mereka melakukan aktiviti ritual yang bertentangan dengan akidah Islam. Dari kalangan fanatic Black Metal ini juga dipercayai kemudiannya, wujud kumpulan J.I.T. ATAU JANGAN IKUT TUHAN yang terlibat dengan ritual membakar serta melakukan perbuatan perbuatan keji diatas kitab suci Al-Quran. Hadirin sekalian, Memang tidak dinafikan, bukan semua kumpulan Black Metal di negara ini menggunakan nama syaitan dan membawa mesej-mesej kesyaitanan dalam lagu mereka namun tidak dapat dinafikan juga, mereka turut mempromosikan unsur unsur “SATANIK’ iaitu dari segi cara berpakaian dan aksesori pada tubuhn badan . Dikalangan pengikut setia kumpulan ini mendakwa bahawa sekadar menggemari muzik Black Metal dan hanya memakai pakaian dan aksesori berlambangkan syaitan serta anti agama itu. Bagi mereka, itu adalah sekadar imej, bukanlah satu kesalahan dari sudut aqidah. Kumpulan kumpulan Black Metal ini juga mampu menerbitkan risalah atau majalah untuk pengikut aliran muzik berkenaan dalam bahasa Melayu atau pun Inggeris. Mereka juga turut mempopularkan kumpulan kumpulan dari luar Negara yang jelas memuja syaitan, menghina tuhan dan anti agama. Dari sumber siasatan mendapati, pengaruh Black Metal sudah menular di kalangan kanak-kanak semuda usia 11 tahun dan ada yang mengaku baru berusia 13 tahun ketika menganggotai JIT. Oleh itu dengan pendedahan khutbah kita kali ini menghendaki kita, mengawasi gerak geri anak remaja kita, baik lelaki atau perempuan supaya tidak terjebak dengan kumpulan yang anti agama, dan anti Islam ini. Dari segi pemakaian dan eksosori yang dipakai oleh mereka membolehkan kita sebagai ibubapa mengenali adakah anak muda kita itu telah terjebak dengan kumpulan Black Metal yang tidak bermaruah ini.. Sesungguhnya Black Metal ternyata bukan sahaja menghina agama Islam dan agama agama lain, tetapi mendorong pengikutnya bertindak diluar batasan adab ketimuran dan prinsip beragama. Firman Allah :
Yang bermaksud: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik baik umat yang dilahirkan bagi faedah umat manusia kerana kamu menyuruh berbaik segala perkara yang baik dan melarang dari melakukan segala perbuatan yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah ( dengan sebenar-benarnya)………Ali-Imran 110.
|