Kembali

KHUTBAH JUMAAT
9 SEPTEMBER 2005 
Tajuk : Ibadah Solat Membentuk Insan Mulia

OLEH: Ustaz Hj Mohd Zakuan Hj Tak

Sidang jumaat yang dirahmati Allah Sekalian,

Didalam usaha mencari keredzaan Allah SWT, marilah sama sama kita menjadi hambanya yang bertaqwa, yakni sentiasa tekun dalam mengabdikan diri kepadaNya, sambil berdoa semuga hidup kita dan seluruh kaum keluarga kita, sentiasa selamat sejahtera didunia serta menikmati kebahgiaan hakiki diakhirat.

Mimbar jumaat minggu ini ingin memperkatakan satu kewajipan dan tanggungjawab besar yang telah diterima oleh baginda Rasulullah SAW, sempena peristiwa agung baginda di Mikrajkan ke langgit iaitu “ Perentah Mengerjakan Sembahyang “  Peristiwa agong ini berlaku pada tanggal 27 rejab tahun ke 11 kerasulan baginda.  Mulai saat inilah, ibadat solat telah difardukan kepada semua umat Islam yang mukallaf,  tidak kira berkedudukan miskin atau kaya, berstatus merdeka ataupun hamba, tua ataupun muda, maupun lelaki ataupun wanita,  kewajipan bersolat tidak akan terlepas,  kecuali dengan keuzuran syarie yang dibolehkan.

Hadirin muslimin yang dimuliakan.

Perkataan “ SOLAT “ dari segi bahasa bermaksud DOA, manakala menurut istilah sharak, ialah beberapa perkataan dan perbuatan  yang dimulakan dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam, Solat adalah merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah.  Solat adalah suatu ibadah yang mampu dilakukan oleh setiap umatn Islam. jika dibandingkan dengan rukun rukun Islam yang lain seperti zakat,  Ini kerana,  zakat biasanya disempurnakan oleh orang-orang yang mempunyai kemampuan dari segi harta benda,  berbedza dengan orang orang miskin dan fakir yang sudah pastinya terlepas daripada kewajpan  berzakat ini.   Begitu juga dengan ibadah puasa yang hanya boleh dilaksanakan oleh orang orang yang sihat tubuh badan dan mampu untuk berpuasa, sedangkan gulungan yang sakit dan uzur sudah pasti terlepas daripada peluang melakukan ibadah ini.  Sama juga dengan ibadah haji yang hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang berkemampuan dari segi kewangan dan sihat tubuhbadan. Hakikatnya ibadah solat ini begitu mudah dilakukan bila bilawaktu dan ketika, dan dimana mana  sahaja kita berada.

Oleh itu, jika kita kurang berkemampuan untuk melakukan sepenuhnya  rukun Islam yang lima ini, namun jangan sekali-kali meninggalkan atau mengabaikan rukun Islam yang kedua ini,  iaitu kewajipan bersolat, kerana ianya merupakan tiang agama dan merupakan ibadah penghubung secara langsung diantara makluk dan khaliqnya.

Sidang jumaat yang dikasihi sekalian.

Kita tentunya merasa dukacita dan amat sedih melihat fenomena biasa dikalangan umat Islam hari ini, yang masih leka dan lalai  melaksanakan kewajipan bersembahyang lima waktu, walaupun kita amat menyedari bahawa solat ini tidaklah sebegitu membebankan untuk dilaksanakan.  Dengan demikian nyatalah bahawa kunci kejayaan sesaorang didalam melaksanakan ibadah solat ini adalah berpunca dari kekuatan dalaman yang berada pada setiap diri masing masing.

Allah SWT berfirman dalam surah Thoha ayat 132 yang berbunyi:

 

 

Yang bermaksud:“ Dan perintahkanlah keluargamu dan umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.  Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (Bahkan) kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan ingatlah kesudahan yang baik adalah bagi orang orang yang bertaqwa ”…..Thoha ayat 132.

Sidang jumaat yang dikasihi,

Berdasarkan maksud ayat yang dibacakan tadi, maka kita perlu mengambil pengajaran bahawasanya dalam melaksanakan perintah solat ini, kita hendaklah  memiliki kesabaran yang tinggi dalam menghadapi segala cobaan, godaan, dan cabaran,  yang boleh menyebabkan kita menjadi lalai atau suka menangguh-nangguh solat, dan  jika ketaqwaan serta iman kita lemah,  pastinya kita akan tewas dan tersungkur digoda syaitan, yang akhirnya, kita bersahaja dan tidak merasa malu langsung  meninggalkan terus ibadah solat ini didalam kehidupan seharian kita, Jika benar,  maka kita adalah merupakan insane yang telah merobohkan tiang agama Islam yang suci ini.  Seperti hadis Rasulullah SAW  yang berbunyi:

 

 

Yang bemakud:“Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat, maka ia telah mendirikan agama, dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka ia telah meruntuhkan agama “..( Riw. Al-Baihaqi)

Hadirin muslimin yang dihormati,

Intisari dari maksud hadis ini bolehlah dijadikan renungan kepada kita semua bahawa solat itu amat penting dalam membentuk sesaorang itu menjadi muslim yang sejati.  Ini jelas dilihat melalui firman Allah Ta’ala didalam surah Al-Ankabut ayat 45 yang berbunyi:

 

 

Yang bermaksud :“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar “….Al-Ankabut ayat 45.

Sidang jumaat yang berbahagia.

Sesungguhnya ibadah solat ini mempunyai kekuatan yang  tersendiri dalam kehidupan sesaorang muslim itu.  Ia merupakan nadi penggerak atau pemangkin kepada kecemerlangan umat Islam dalam melahirkan insane yang berjiwa mulia dan merdeka.  Justeru itu orang orang yang benar benar beriman kepada Allah dan hari akhirat, merasakan bahawa ibadah sembahyang itu adalah suatu yang mudah dilakukan, tanpa disuruh atau dipaksa sesiapa, berbanding dengan sikap orang orang munafik dan berjiwa kotor lagi keji,  mereka merasakan begitu susah dan sukar untuk melakukannya. seolah-olah ianya sebagai bebanan hidup yang merungsingkan mereka.  Ini amat bertentangan sepertimana firman Allah dalam surat An-Nisa’ ayat 142 yang berbunyi:

 

 

Yang bermaksud :“ Sesungguhnya orang orang munafik itu melakukan tipudaya (terhadap agama) dengan perbuatan pura pura beriman sedang mereka kafir pada bathinnya).  Dan Allah pula tetap membalas tipudaya mereka dengan membiarkan dldalam keadaan munafik, mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas, mereka hanya bertujuan riya’ memperlihatkan sembahyangnya kepada manusia, supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman, dan mereka pula tidak mengingati Allah dengan mengerjakan sembahyang, melainkan jarang jarang sekali”….An-nisa…ayat 142.

Ayat ini mengambarkan sifat dan ciri ciri orang munafik yang perlu dijauhi oleh kita semua.  Diantara sifat munafik itu  ialah malas untuk melakukan ibadah sembahyang dan jika bersembahyang pun hanya untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain. Mereka ini bersepah dimana mana. Mereka berpura pura beriman, sedangkan hati mereka merasa sangat berat sekali untuk berbuat ibadah dan kebajikan kepada Allah SWT.

Firman Allah:.

 

Yang bermaksud:“Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan kerjakan sembahyang, Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. iaitu mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadannya.”…Al Baqarah ayat 45 dan 46.

Akhirnya marilah bersama sama kita melaksanakan kewajipan mendirikan solat yang difardukan lima waktu sehari semalam ini, dengan penuh ikhlas dan tawaduk, dan  saelok eloknya dikerjakan secara berjemaah.  Disamping itu marilah kita memperbanyakkan  amalan solat solat sunat,  agar kita menjadi insane yang mulia lagi cemerlang didunia dan akhirat.

Yang maksudnya :

 

“ Sesungguhnya berjayalah orang orang yang beriman, yaitu mereka yang khusuk dalam  sembahyang” ….Al-Mukminun ayat 1-2.

KHUTBAH KE 2

Allhumma Ya Allah,  kami sekalian dalam keadaan dhoif dan lemah, bukakanlah pintu hati kami dengan pancaran iman, dan sanubari kami dengan penuh kepercayaan, dan fikiran kami dengan ilmu pengetahuan, dan jiwa rohani kami patuh dan taat kepada ajaran Quran dan hadis Nabi akhir zaman, Ampunkanlah dosa kami Ya Rahman, dan berikanlah kesudahan kami mati didalam iman.

Ya. Allah Ya rahman, yang maha pemurah dan yang maha ihsan, kurniakanlah taufik dan hidayat serta penuh riayah kepada  Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertua Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamallullail, dan penuhilah hari pemerintahannnya dengan keadilan yang mendatangkan kemakmuran dan kemewahan.  Jadikan negara kami negara yang aman dan sejahtera, makmur dan bahagia, berdaulat dan mulia, gagah dan perkasa, Kabulkan doa kami sekalian Ya Robbilngalamin.

  Keatas Kembali