KHUTBAH JUMAAT OLEH: Ustaz Hj Mohd Zakuan Hj Tak Marilah bersama sama kita mempertingkatkan iman masing masing yakni dengan mengerjakan segala titah perintahnya dan meninggalkan segala larangannya, mudah mudahan kehidupan kita diberkati di dunia dan di akhirat.
“ Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan mohohlah ampunan bagi dosamu dan bagi dosa orang mukmin lelaki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggal mu. “ Surah Muhammad a: 19. Sidang jumaat yang berbahagia: Sehina hina kejadian yang ditakuti didalam kehidupan sesaorang Islam itu ialah berubahnya iktiqad kepercayaan terhadap Allah SWT. Yakni mempersembahkan ibadah kepada Allah dengan bersandarkan fikiran semata-mata dan tidak dengan syariat yang dibawa oleh jujungan besar Nabi Muhammad SAW yang mulia. Mengambil takliq secara fikir sendiri dan beribadat menurut secara membuta tuli dengan mengamalkan ajaran sesat yang dibawa oleh sesaorang adalah merupakan kemuncak kejahilan yang boleh membawa syirik kepada Allah SWT. Nanaguzubillah hi mi zaliq. “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia mengampuni segala dosa yang selain dari syirik itu, bagi siapa yang dikehendakinya, Barang siapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguhnya ia telah melakukan dosa besar “…….An-Nisa ayat : 48,. Sidang jumaat yang dihormati. Saban hari kita menonton media eletronik mendedahkan beberapa kematian trajis terhadap orang Islam yang mempertahankan kesucian agama dinegara mereka sendiri, saperti dinegara Palestin, Afghanistan, Iraq dan lain-lain, mereka diburu, dicari dan ditembak percuma oleh tentera yahudi dan tentera kafir kerana semata mata mempertahankan kedaulatan Islam dinegara mereka. Mereka sanggup mengadai nyawa demi agama yang suci ini, tetapi lain pula terjadinya umat Islam dinegara kita. Ada segelintirnya yang tidak menjaga dah menghormati Islam sebagai agama yang dianuti, malah berani menolak Islam yang dibawa dan cuba menganut kefahaman agama baru yang direka cipta manusia.. Sidang jumaat yang mulia. Dua tiga minggu ini, negara kita digemparkan dengan pendedahan berita agihan AP kepada ahli korporat Melayu yang hasilnya, menciptakan mereka sebagai jutawan Melayu> Isu ini masih berlarutan dan hangat diperkatakan dimana-mana. Namun cerita AP dari Hulu Besut Terengganu juga panas diperkatakan masyarakat, kerana ianya menyentuh soal aqidah dan kepercayaan terhadap agama Islam dinegara ini. Dimana melibatkan ajaran sesat yang dipanggil “ Kerajaan Langit “ pimpinan AP atau Ayah Pin ini. Sidang jumaat yang dimuliakan. Kelambatan pihak berwajib mengambil tindakan membenteras kumpulan ini atas alasan bukan bidang kuasa masing-masing, menyebabkan penduduk tempatan mengambil tindakan sendiri walaupun bertentangan dengan undang-undang negara, yakni dengan membakar perkampungan Kerajaan Langit ini di batu 13, Hulu Besut Terengganu pada 18 Julai yang lalu, dengan memusnahkan beberapa replika simbolik kerajaan langit yang berfahaman sonsang ini. dan turut memusnahkan harta benda lain bagi menyatakan, kumpulan ini perlu dihapuskan hingga ke akar umbi, dan tidak rela kumpulan sesat agama ini berkembang biak dikampung mereka. Bagi mereka kumpulan sesat ini amat merbahaya dan mampu menggugat jenerasi baru yang cetek kefahaman agama, dibimbangi akan menjadi pengikut fanatik kumpulan ini. Namun hari ini, kita merasa lega dan bersyukur kerana selepas insiden ini, pihak berkuasa telahpun memberkas dan mengheret seramai 58 orang pengikut setia kumpulan ini dihadapkan ke Mahkamah Syariah Rendah atas tuduhan melanggar arahan Mufti Negeri dengan menyertai kumpulan yang terpesong dari ajaran Islam, dan kita juga patut menarik nafas lega, kerana baru baru ini perkampungan tersebut telahpun dimusnahkan termasuk memusnahkan replika payung gergasi, cerek besar, kendi dan bahtera Nabi Nuh oleh pihak berwajib, walaupun ketua pemimpin Kerajaan langit yang dipimpin oleh Ayah Pin ini masih gagal dikesani hingga kesaat ini. Saudara seagama yang dimuliakan, Ajaran Islam yang kita terima dari baginda Rasulullah SAW adalah merangkumi 5 perkara rukun teras yang wajib diamal beserta 6 rukun iman yang wajib dipercayai dan diyakini yang menjanjikan kehidupan sempurna didunia dan menikmati kebahagiaan diakhirat. Tiada cara yang lain selain dari syariaat yang dibawa oleh baginda yang mulia. Setiap penganut Islam wajib melafaskan kalimah syahadah, membenarkan dengan hati dan disertai dengan perbuatan dan mengakui bahawa Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah. Kemudiannya kita diwajibkan bersembahyang lima waktu sehari semalam, walau didalam keadaan sakit deman sekalipun, dan tidak ada sembahyang yang hanya sekadar berniat sahaja, kemudian kita diperintahkan berpuasa pada bulan Ramadhan. Seterusnya mengeluarkan zakat dan akhirnya mengerjakan fardu Haji ditanah suci. Tetapi mengapa ada sebahagian dari kita, yang begitu rapuh iman hingga sanggup mencari dan beramal dengan ajaran yang berbedza dengan sunnah yang dibawa. Inilah persaolannya. Inilah budaya orang melayu kita, suka mencari sesuatu yang anih, dan menganut kefahaman agama yang mudah, jika boleh agama islam itu dianuti, dengan tidak perlu bersusah payah, tidak perlu sembahyang, tidak perlu berpuasa dan tidak perlu berzakat, malah kalau boleh, berzina, berjudi, minum arak itu dihalalkan kepada penganut penganutnya. Oleh kerana kosong jiwa dan kejahilan agama yang berluasa dikalangan umat Islam hari ini, menyebabkan mereka mereka ini mudah terperangkap dan percaya dengan fahaman agama yang songsang ini. Sidang jumaat yang dihormati. Bagi tuan-tuan yang tidak mengikuti perkembangan isu semasa atau malas membaca, khutbah jumaat hari ini ingin membawa tuan-tuan mengenali sedikit maklumat siapakah sebenarnya Ayah Pin yang menjadi pemimpin kepada Kerajaan Langit di Terengganu ini. Kumpulan Ayah Pin adalah merupakan 5 kumpulan ajaran sesat yang tegar yang dikesan sejak tahun 1982 lagi, sebagai kesinambungan ajaran Hassan Rimau atau ajaran Ratib kuat mengamalkan ratib kuat dalam gelap, dengan bercampur lelaki dan perempuan. Pemerintah “Kerajaan Langit” yang bernama Ayah Pin atau nama sebenarnya, Ariffin Muhamad, 65 tahun, pernah ditahan dan dipenjara 11 bulan serta didenda sebanyak RM2,900 di Mahkamah Syariah Besut pada tahun 2001 atas kesalahan mengistiharkan diri keluar dari agama Islam atau pun Murtad. Bermakna Ayah Pin telahpun Murtad sejak tahun 2001 lagi. Selepas itu Pejabat Agama Terengganu telah mengambil tindakan memulihkan aqidah pengikutnya yang hampir 1000 orang ketika itu untuk bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Namun difahamkan, kini ajaran sesat ini berkembang kembali dan mempunyai penganut setia dibeberapa daerah dan negeri. Kita merasa hairan dan pelik mengapa ada lagi manusia buta agama dinegara ini yang masih percaya kepada ajaran yang tidak diterima akal ini. Saudara seagamaku sekalian, Antara ajaran ajaran Ayah Pin yang dikenalpasti menyeleweng dengan aqidah Islamiah ialah beliau mengakui dan mempercayai bahawa :
Apa yang telah kita dengar akan fahaman yang dianuti ini, jelas bertentangan dengan syariat agama kita, jelas sekali menyeleweng. Tetapi mengapa ada orang Islam dinegara ini, yang percaya dan mahu mengikut kefahaman yang bertentangan dengan kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah ini. Ini bermakna orang orang yang terpengaruh dengan ajaran kefahaman ini, adalah merupakan orang yang sangat jahil tentang seluk belok agama, Jahil tetang keujudan Allah SWT dan sifat kesempurnaannya. Dan difahamkan mereka memileh fahaman ini kerana ianya mudah diamalkan, tidak perlu bersembahyang lima waktu sehari semalam. Anihnya, pengikut pengikut agama “ Kerajaan langit “ ini bukan sahaja terdiri dari orang kampung yang cetek ilmu, malah turut dianggotai oleh orang yang berpelajaran dan berjawatan tinggi di kementerian kerajaan. Hadirin yang dihormati, Inilah akibat jika kita kurang pengetahuan tentang ilmu agama, kurang fahaman tauhid mengenai kejadian Allah dan keujudan makluk yang dicipta tuhan. Kurang mengetahui untuk apa dunia dan makluk ini dicipta. Kurang sedar bahawa kita ini dihidupkan adalah untuk sementara sahaja sebagai menguji keimanan sesaorang itu samada setia atau durhaka. Oleh itu wahai saudara saudara ku sekalian, tidak guna kita berpelajaran tinggi, berjawatan besar sekalipun, tetapi rapuh iman yang mana boleh dikotak katikan oleh dugaan yang datang. Mudah terpengaruh dan mempercayai dengan dakyah sonsang yang dibawa oleh sesaorang yang kita anggap sebagai keramat dan mempunyai kuasa tertentu. Seperti pengikut ajaran Ayah Pin ini ada yang sanggup melutut untuk mencium kakinya dan sanggup menyerahkan isteri sendiri untuk dizinai oleh Ayah Pin kerana mengharapkan syafaatnya.. Bukankah ini satu kebodohan yang nyata. Lantaran untuk menghindar fahaman songsang ini boleh merungkai iman kita, maka wahai saudara saudaraku sekalian, perbanyakkanlah kita menuntut ilmu mengenai tauhid atau usuluddin daripada guru guru yang arif, semuga kefahaman tauhid kita tidak boleh diganggu gugat oleh mana mana individu atau pertubuhan yang cuba mengeheret kita jatuh kedalam fahaman songsang agama. Agama Islam ini bukanlah satu agama yang boleh dianuti dengan main-main, ianya bukan agama yang dicipta manusia, tetapi Islam itu agama dari wahyu Ilahi, agama berkitab. “ INNADDI NA NGIDALLAH ILISLAM “ Seumpama Islam itu dianuti dipagi hari kemudian menjadi kafir dimalam hari. Kerana itu Islam telah menggariskan panduan kepada umatnya supaya menjaga iman dan aqidah, dimana sejarah membuktikan bahawa Rasulullah SAW sendiri telah menanam aqidah dan kepercayaan dahulu, kepada umatnya selama 13 tahun di bumi Makkah. Oleh itu jika orang Islam yang beritiqad keluar dari Islam samada dengan hati, perbuatan dan ikhrar lidah maka orang itu diistiharkan sebagai telah Murtad. Nanguzubillah, Didalam Islam orang yang telah murtad, disuruh bertaubat dan bersyahadah kembali dan wajib mengkhadokan segala ibadah, yang telah dilakukan, jiika enggan maka ianya wajib dihukum bunuh. Sidang jumaat yang dihormati, Didalam kita mencari kesongsangan kefahaman agama sesaorang itu, kita tidak perlu mencari bukti yang jauh, malah mereka ini ada dicelahan kita, ada dikalangan masyarakat kita, mungkin jiran sebelah rumah kita, Umpamanya jika ada rakan kita yang dilihat tidak pernah sujud bersembahyang di surau ini, tidak pernah hadir bersembahyang jumaat, dan tatkala kita cuba mengajak mereka datang berjemaah sesekali disurau ini. mereka akan bertanya kepada kita. “ Sembahyang itu untuk apa dan untuk siapa “, Kerana puak puak ini petah berhujah, atau pun mereka berkata “ Apakah pernah melihat Rasulullah bersembahyang”. Atau menyoal kita “ Samada kenal dengan sifat-sifat Allah”. dan hujah mereka lagi, “ jika sudah kenal dengan sifat sifat Allah maka kita tidak perlu lagi bersembahyang, Kerana zat Allah telah meresap kedalam badan kita” dengan bersandarkan beberapa ayat Al-Quran yang mengikut tafsiran guru mereka sendiri. Maka sahlah mereka mereka ini adalah menganuti fahaman yang tidak selari dengan fahaman iktikad kita. Oleh itu jauhilah diri tuan-tuan daripada mereka sebelum diri tuan-tuan terpengaruh dengan ajaran sesat yang dibawa mereka. Carilah kawan yang bersembahyang jemaah pada setiap hari dan waktu, daripada mencari kawan yang mengamalkan ajaran pelik dan tidak tentu arah tuju. Hadirin yang dirahmati sekalian, Semuga khutbah yang didengari hari ini, dapat mengisafi diri kita supaya berwaspada dengan dakyah dakyah songsang yang boleh memesongkan aqidah kita. Kerana Syaitan Laknatullah itu lebih hebat dari kita dan bila bila masa sahaja boleh memesongkan aqidah kita, kecuali orang yang benar benar beriman dan beramal soleh dengan ajaran yang disyariatkan oleh baginda Muhammad SAW.
|