Kembali

KHUTBAH JUMAAT
9 JULAI 2004

TAJUK : Lupa Diri

OLEH: Ustaz Hj Mohd Zakuan Hj Tak

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga sidang jemaah sekalian, supaya bersama-sama meningkatkan ketaqwaan masing-masing kepada Allah SWT, iaitu dengan melaksanakan segala titah perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah-mudahan kehidupan kita akan dirahmati lagi diberkati didunia dan juga akhirat.
Qallah hutaa'alla pi kitabbil ngaziz.

Yang bermaksud : "Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan pula mereka secara mengejut ( dengan bala bencana yang membinasakan) maka mereka pun berputus asa dari mendapat sebarang pertolongan….."
surah Al-An'am : 44.


Sidang jumaat yang dimuliakan.
Lupa adalah merupakan sifat semulajadi manusia. Ada lupa yang baik dan ada Lupa yang tidak baik. Melupakan musibah, melupakan dendam kepada orang lain dan melupakan kematian orang yang disayangi adalah merupakan lupa yang baik, kerana jika tidak, manusia akan sentiasa merasa sedih dan berdukacita. Tetapi lupa akan nikmat pemberian Allah adalah merupakan lupa yang paling merbahaya kepada seorang manusia itu.

Cuba kita menoleh kebelakang, menoleh peristiwa silam yang telahpun berlalu berpuluh tahun sebelum ini, Lagenda kenangan pahit dan manis yang perlu kita imbau kembali. Masih lupakah tuan-tuan sekalian, Dulunya kita dialam kanak-kanak, kemudian bersekolah, dan menjadi dewasa, bekerja dan memulakan hidup sebagai bujang kelana, kemudian berumah tangga, Diawal perkhawinan hanya punya anak dua, sekarang telah membiak ramai hingga tidak terkira. Sebagai contoh, Dulu pekerja bawahan sahaja, tiada pangkat apa-apa, sekarang telah memegang jawatan yang gajinya berganda-ganda. Dulu pergi kerja berjalan kaki, kemudian pakai Honda Cup 70 CC, sekarang menunggang Kawasaki berkuasa tinggi. Dulu pakai kereta lama Toyota Ke 20, sekarang zaman berubah, dah pakai Honda CRV, Masihkah terbayang lagi, dulunya kita pernah menyewa dirumah setinggan, tiada air dan api, Kalau waktu tengahari, peritnya panas tidak terperi, kemudian ditawar membeli rumah murah yang ada subsidi, dijual rumah murah, Dan sekarang telah berpindah ke rumah lebih besar kepunyaan sendiri. Dulu memancing ditepi lopak dan paya, dengan berjorankan batang buluh sahaja, Sekarang zaman sudah mewah, peralatan memancing sahaja beratus harga, Lombong dan kolam tengok sebelah mata sahaja, kerana sekarang lebih selesa menyewa bot mewah untuk memancing ditengah lautan saujana. Dulu dirumah hanya ada TV kecil 14 inci, kemudian tukar TV 21 inci dan sekarang besar TV dirumah kita 34 inci, jika diukur, sudah sama tinggi dengan diri kita sendiri. Dulu untuk menambah pendapatan, buat bermacam kerja, sekarang rezeki ditambahi, dah jadi pengurus dan ada yang mempunyai syarikat sendiri. Ingat kah kita lagi, dulu nak jadi ajk PIBG pun orang tak undi, sekarang kerana ada pangkat dan pengaruh, sebulat suara mencadangkan kita jadi pengerusi, Semasa susah dahulu, susah senang bersama anak isteri, tetapi sekarang bila dah senang ada yang berhasrat untuk mempuyai dua isteri.


Saudara seagama ku sekalian,
Inilah sejarah silam yang telah kita lupakan, yang mengimbau kenangan pahit manis kehidupan sesaorang, Tetapi sayang, kenangan sejarah ini jarang kita fikirkan dan menungkan. Sesungguhnya sejarah yang telah berlaku itu ada mempunyai hikmah besar yang tersembunyi, dan jika direnung kembali maka ianya mampu mengeluarkan ayer mata keinsafan kepada Allah. Dan mampu merubah diri kita ini untuk menjadi orang yang lebih bertaqwa lagi kepada Allah.
Siapakah yang menaikkan taraf kehidupan sesaorang itu ? Dari jahil menjadi pandai, Dari manusia yang pernah hidup melata, melarat, tidak dikenali oleh sesiapa, hingga sekarang telah berubah menjadi orang yang ada nama dan ada kuasa, Disanjung dan dipuja. Siapakah yang membantu dan merubah nasib kita itu? wahai saudara-saudaraku sekalian, bukankah itu pemberian Allah SWT. Allah yang maha Agung lagi maha Perkasa.


Sidang jumaat yang dimuliakan.
Setelah kita berfikir bahawa kenikmatan, kemewahan yang kita kecapi itu selama ini adalah pemberian Allah. Lihat… Betapa kasihnya Allah itu kepada kita sebagai hamba-hambanya, sehingga kita tidak dapat menghitung akan nikmat Allah yang kita kecapi selama ini. Sepertimana firmannya:
Yang bermaksud: "Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah itu maka nescaya tidak kamu dapat menghitungnya " ………………Ibrahim A; 34
Tetapi berapa banyak manakah manusia yang pernah menghitung nikmat dan bersyukur atas apa yang dinikmati. Berapa ramai diantara kita yang pernah menangis ditengah malam melahirkan ucapan terima atas anugerah Allah yang tidak pernah putus putus. Berapa ramai dipagi tadi diantara kita yang mengucapkan syukur atas kurniaan nyawa yang bernafas untuk hari ini.


Saudara-saudaraku sekalian,
Didalam menerima rezeki dari Allah ini, kita perlu banyak muhasabah diri, kerana apa yang kita takuti ialah, Banyak rezeki yang didapati, makin kedekut untuk kita sedekahi, malah herdik tengking kepada orang yang memintai, Makin banyak kenderaan yang dimiliki, makin malas datang ke masjid atau surau ini. Makin banyak wang yang disimpani, semakin sayang untuk di zakati. Makin tinggi pangkat diberi, sombong dan takbur pakaian diri. Makin kita mulia disanjungi, tanggung jawab keluarga kita lupai, anak isteri kita abai, hinggakan ada yang sanggup menceraikan isteri yang banyak berkorban diri, hanya semata-mata mahu beristerikan perempuan dangdut yang tidak punya maruah diri. Lupakah kita sekalian, begitu juga orang yang berniaga Setelah perniagaan semakin maju, Masjid dan surau tidak dijeru, konon terlalu sebuk dan tidak cukup waktu. Kita amat takut jika diuji begini, Takut semakin berjaya semakin kita lupa. Kerana kita adalah manusia biasa, Manusia yang mudah lupa, terutama bila sudah berada atau sudah mula berharta, Ingat saudara seagamaku sekalian, bahawa segala pemberian nikmat itu adalah merupakan pinjaman sementara sahaja, bahawa kita ini sebenarnya dari hari ke hari , semakin tua, hari kematian semakin tiba, entah besok atau lusa, nyawa kita akan direntap juga, oleh Malaikat Izrail yang penuh setia kepada Allah yang maha berkuasa. Dan kita akan tinggal di kubur hingga hari pembalasan tiba. Entah jutaan tahun lagi tiada siapa diantara kita yang dapat menduga.

" Dan janganlah kamu menjadi seperti orang orang yang telah melupakan perentah Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan amal-amal yang baik untuk menyelamat diri mereka. Mereka itu orang-orang yang fasik..
Surah Al-Hasyr :19


Saudara-saudara seagama yang dikasihi sekalian,
Didalam kita menerima nikmat yang diberi tuhan hingga sekarang ini, kita wajib pula memikirkan bahawa nikmat tersebut semuanya akan lenyap setelah nyawa kita diambil pergi oleh Allah SWT. Bermakna jika kita sudah mati, maka segala kenikmatan yang ada pada hari ini bukan untuk kita lagi. Ianya untuk orang-orang yang hidup diatas dunia ini sahaja. Apabila kita mati nanti, maka waris-waris kita akan bermesyuarat bagaimana boleh jenazah kita cepat dikebumi. Jarang yang meminta supaya jenazah kita bermalam lama dirumah sendiri. sepaling lama tinggal rumah hanya sehari, atau jika meninggal sebelum pagi, sebelum dzhor sudah diusung pergi. Kerana daripada tanah kita dijadikan, dan kepada tanah juga kita dikembalikan.


Sidang jumaat yang dikasihi.
Oleh itu dengarlah baik-baik pesanan khutbah hari ini, dengan rasa penuh keinsafan, bahawa didalam menikmati limpahan rezeki, kesihatan dan kemuliaan yang telah kita miliki, kita wajib menilik diri ini sejauh mana pula peranan dan tanggung jawab kita terhadap pengabdian diri kepada Allah SWT. Setimpalkan dengan ibadah dan kerja amal yang telah kita lakukan selama ini, menyamaikah dengan nikmat rezeki yang telah kita kecapi.


Sepatutnya didalam usia yang sudah semakin senja, rumah kata pergi, kubur kata mari, Kita perlu merubah dan berusaha, daripada tidak berilmu, kita penuhkan masa dengan menuntut ilmu agama. Dahulu kita cuai mengerjakan sembahyang, maka pastikan sekarang kita rajin bersembahyang. Dulu kita jahil, mujur lalu melintang, patah, tetapi sekarang telah berkurangan dan akan berusaha untuk menghentikan segerai perbuatan yang berdosa. Dulu suka melancong ke siam, sekarang mari kita berubah melancong ke tanah haram. Dulu kita bersedekah cuma RM1,00, sekarang dah mula RM10,00 dan akan datang InsyaAllah, RM100.00, Dulu bersembahyang dirumah, sekarang rajin kesurau ke masijid untuk sembahyang berjemaah. Dulu menonton TV, 5 jam sehari, sekarang telah kurang 3 jam, dan yang berbaki 2 jam kita peruntukan kepada perkara perkara kebajikan. Dulu membaca surat khabar berjam-jam, sehingga boleh khatam 2 kali. sekarang berubah telah membaca al-quran dan hadis Nabi setiap hari. Ini bermakna semua kerja buat kita pada setiap hari adalah mengumpul amalan untuk hari akhirat nanti. Dan kita mengharapkan setiap saat nafas yang diseduti, menghasilkan pahala yang bakal memberatkan timbangan amal bakti diakhirat nanti.


Tetapi sayang, kadang-kadang apabila umur semakin sipi, soal akhirat makin kita jauhi, kita ketepikan dan tidak diambil penduli. Kehidupan kita seperti melawan arus. Umur sudah dpanjat usia, tetapi tidak mengaku tua, Seperti dulunya rajin sembahyang hingga tidak pernah tinggal yang lima waktu, dan kerap kelihatan disurau dan dimasjid. tetapi sekarang imam menurunb, …hingga sembahyang menjadi satu waktu seminggu, dan setahun hanya 2 waktu. Dulu anti duduk dikedai kopi, tetapi sekarang mampu bersembang hingga ke pagi. Dulu berpakaian kemas bersongkok tinggi, sekarang bertukar, berseluar jean kepala bertopi. Dulu pernah taubat tak mahu tikam ekor lagi, Tetapi sekarang lagi menjadi. Dulu balik dari Mekah berazam mulia, tidak mahu berhasad berdengki sesama bangsa, tetapi rupanya lagi hebat pencetus huru hara. Ini angkara siapa, inilah angkara kerja syaitan yang cuba sedaya upaya mengheret kita semua keneraka.


Oleh itu jadikan peringatan hari ini supaya masuk kedalam jiwa, dianalisa dan diperiksa. Bukan tujuan mengherdik atau merendah-rendah sesiapa. Tepuk dada apa yang terasa.

  Keatas Kembali