Muamalat Soalan: Assalamualaikum ustaz, -Soalan saya mengenai pelaburan di ASB. Dulu pernah dipersoalkan bagaimanakah ASB memperniagakan duit pelabur-pelabur sehingga pihak PNB terpaksa mengeluarkan senarai syarikat yang dilaburkan. Saya ingin meminta pendapat ustaz mengenai hal ini. Diharap ustaz dapat membantu saya dalam menyelesaikan masalah ini. Terima kasih di atas kerjasama dan perhatian ustaz terhadap persoalan saya ini. - Ariza Zainal - Jawapan -Keuntungan sebarang perniagaan saham, hanya sah jika dilaburkan didalam perniagaan yang bersih sahaja, yang tidak melibatkan perniagaan yang sah haramnya, syubahat dan meragukan. Pelabur boleh membuat penilaian sendiri berdasarkan senarai syarikat-syarikat yang telah disenaraikan oleh pihak PNB. -Makdus hadis “ Jangan mencampakkan diri kamu sendiri didalam perkara kebinasaan “ -Hadhis ke 2 “Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itupun jelas. Diantara keduanya ada perkara-perkara yang samar-samar yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa memelihara dirinya dari segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara ugama dan kehormatan dirinya, dan barangsiapa yang jatuh kedalam kesamaran, jatuhlah ia dalam perkara yang haram………….” Hingga akhir hadhis, diriwayatkan Bukhori dan Muslim. Wallhualam. -Bentuknya: Seseorang membeli sijil berkenaan dalam harga tertentu (contoh RM Menurut fatwa Hai'ah Kibarul Ulamak Arab Saudi yang dinukilkan oleh majalah al-Furqan, bahawa cabutan hadiah untuk sijil yang dikeluarkan oleh bank adalah haram hukumnya. (Majalah al-Furqan, bil. 121, tahun 12, Muharam 1421-May 2000, hal. 14) Fatwa ini berdasarkan kepada satu soalan yang terjemahannya adalah sebagai berikut: Fatwa berkenaan menyatakan bahawa ia adalah haram, kerana sistem yang diamalkan berbentuk perjudian/`yanasib'. Menurutnya lagi, bentuk perjudian berkembang dari masa ke semasa. Akan datang, akan muncul pula satu bentuk perjudian baru yang lain yang tiada sebelum ini. Fatwa ini juga memberi garis panduan untuk mengetahui secara mudah bentuk perjudian. Katanya: "...tetapi neraca untuk mengetahui bahawa sesuatu itu adalah judi ialah dengan anda bertanya diri anda ketika cabutan hendak dibuat. Apakah anda Ini bermakna jika kita ada mengeluarkan wang untuk tujuan satu-satu cabutan, bermakna itu adalah bentuk perjudian. Fatwa berkenaan membuat satu andaian: "Mungkin ada orang berkata: Demi Allah saya tidak mengeluarkan sesenpun untuk cabutan berkenaan. Sijil ini yang berharga 50 Dinar akan dikembalikan kepada saya sepenuhnya. Kita jawab: Tidak, anda ada mengeluarkan wang sebanyak 50 Dinar untuk tujuan cabutan berkenaan. Ia berkembang untuk kepentingan (keuntungan) pemegangnya." Ini bermakna, kita memang ada mengeluarkan wang untuk tujuan cabutan itu, sekalipun ia dikembalikan sepenuhnya. Ketika cabutan dibuat wang berkenaan tidak ada di dalam tangan kita, tetapi berada di tangan org (bank) yg menganjurkan cabutan. Wang berkenaan berkembang (riba). Ia adalah untuk kepentingan(keuntungan) bank berkenaan. Apakah boleh kita diterima masuk untuk cabutan berkenaan jika kita tidak memberikan wang kepada bank penganjur? Sudah tentu tidak boleh. Manakala fatwa dari Lujnah al-Ifta' untuk Jam'iyah Ihya' al-Turath al-Islami memberikan jawapan yang sama terhadap permasalahan sijil simpanan ini. Hukumnya adalah haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Fatwa ini terdapat di dalam majalah yang sama. (Majalah al-Furqan, bil. 121, tahun 12, Muharam 1421-May 2000, hal. 14) Fatwa ini menyatakan dua faktor mengapa ia diharamkan: 2. Sistem ini termasuk di dalam bentuk perjudian dan mengadu nasib yang diharamkan. Dalilnya, al-Ma'idah: 90-91. Dari sudut lain pula dapat kita lihat terdapat unsur kemudaratan di dalamnya. Kerana orang yang membeli sijil berkenaan tidak tahu apakah dia dapat kembali wang berkenaan bersama faedah dan ganjaran yang besar ataupun tidak memperolei apa-apapun. Bank riba yang menyimpan wang kita itu mendapat keuntungan. Adakalanya ganjaran diberikan kepada penyimpan dalam bentuk riba, dan adakalanya ia diberi dalam bentuk hadiah yang besar. Hadiah ini pula tidak semua org memperolehinya. Bila seorang dua yang dapat, maka yg lain terhalang dari menikmati keuntungan bank berkenaan. Terima kasih - Abdul Rashid Mohamed Radzi - Jawapan -Kertaskerja yang diberikan oleh saudara adalah jawapannya. Memadai fatwa tersebut dibuat sebagai sandaran yang kemas. Wallahualam. 3. Direct Selling Pyramid Scheme Assalammualaikum, -Saya ingin mengajukan kemusykilan saya mengenai "direct selling" di mana seseorang itu menerima peratusan jualan yang dibuat oleh orang-orang yang di bawahnya, sedangkan tiada usaha secara langsung dari pihaknya. Duit ini diterima secara automatik setiap kali ada jualan oleh orang bawahnya mengikut piramid, maka makin tinggi orang itu dalam piramid tersebut maka makin banyak orang bawahannya, maka makin banyaklah peratusan pendapatan yang diterima. Harap dapat menerangkan adakah halal pendapatan tersebut 100%. Wassalam. - Munawiza Juliana Mohd Jasin - Jawapan -Mengikut padangan fikah didalam bab urusniaga, mengatakan ianya Halal dan harus selagi tidak ada unsur penindasan dan kezaliman didalam urusniaga direct selling ini. Kita perlu melihat disini, adakah diantara kumpulan ini ditindas atau dizalimi. Setahu saya orang yang bekerja keras, beliaulah akan mendapati keuntungan dari hasil kerja kerasnya, mengenai komisyen peratus yang diterima oleh orang atasannya, bukan kita yang menetapkannya, itu urusan pengurusan syarikat berkenaan. Komisyen yang didiapati adalah hak dia dan bukan diambil dari komisyen kita. Disini tidak siapa yang ditindas. Adakah kita dipaksa menjual.......atau adakah kita rasa dizalimi....tentu tidak...rasa nak jual kita jual, rasa tak hendak jual kita tidak jual. Wallhualam. - Apakah hukumnya menjual saham Telekom melalui agen seperti TA, OSK yang nyata urusannya menggunakan interest. - Hamsa - Jawapan -Hukumnya haram dan berdosa kerana melibatkan diri dengan perniagaan yang melibatkan riba/interest. Walau bagaimanapun wang jualan saham yang diperolehi itu sah digunakan berlandaskan perniagaan TM tidak shubahah dan tidak melibatkan perniagaan yang meragukan. -Nasihat: Seelok-eloknya mencari helah supaya dapat meminjam dari saudara atau kawan bagi urusan pembelian/penebusan saham ini. Jika tidak mampu juga maka ini dipanggil usaha darurat yg tidak dapat dielakkan. -Oleh itu selepas didapati wang saham ini elok disegerakan pembayaran zakatnya melalui pegawai zakat dinegeri masing-masing. Wallahualam. 5. Insuran Konvensional Berlandaskan Islam - Takaful Nasional mengatakan sistem insuran konvensional berlandaskan Islam adalah haram walaupun sistem tersebut mirip sistem Takaful. Adakah ini benar? Harap ustaz jelaskan. - Abdul Halim Ariffin - Jawapan -Takaful Nasional mengatakan Haram pada Insuran Konvensional yang mirip Islam kerana berpendapat Insurance tersebut mempelbagai /mencampur adukan perniagaan mereka seperti siapa yang mahukan cara Islam disediakan cara Islam, atau pun sebaliknya. Sedangkan Takaful Nasional hanya menjurus kepada 100% cara Insuran Islam seperti contoh Bumiputra Commerce yang dipisahkan terus kepada Bank Muamalat. Assalamualaikum wbkth. - Kaslimi Awang - Jawapan Walaikumusalam. Note:
|