Kembali

Munakahat

Soalan:
1. Anak luar nikah
2. Berkahwin secara sindiket
3. Tanggungjawab anak sulung
4. Inginkan kepastian (berkaitan talak)
5. Anak baru lahir
6. Lafaz Talak Tiga
7. Wali anak luar nikah
8. Anak susuan
9. Pernikahan Ketika Mengandung
10. Lafaz Cerai
11. Sikap Isteri Terhadap Suami


1. Anak luar nikah

Ustaz,

Saya mempunyai masalah berkenaan hak penjagaan anak saya. Sebelum berkahwin dgn suami saya, saya telah mengandung 6 bulan. Dalam hukum Islam, sekiranya anak yang lahir kurang dari 6 bulan daripada hayat pernikahan adalah dikira anak luar nikah, jadi nama anak saya telah dibinkan Abdullah.

Selepas dua tahun berkahwin, akhirnya saya bercerai dgn suami saya. Semasa proses penceraian, telah dipersetujui bahawa anak saya akan ditempatkan dirumah mentua saya buat sementara waktu oleh kerana pada masa itu saya belum bekerja.

Malangnya, selepas suami saya berpindah balik ke rumah mentua saya, dia telah melarang saya pergi berjumpa dgn anak saya dgn alasan hak penjagaan telah diberikan kepada mereka.

Saya ada terbaca didlm artikel, bahawa anak yg lahir kurang dari enam bulan hayat pernikahan adalah anak luar nikah dan hak keatas anak itu adalah kepada ibu sepenuhnya.

Bolehkah ustaz tolong ulaskan bagaimana saya harus bertindak dalam hal ini dan bagaimana saya harus menuntut hak saya terhadap anak saya.

- Ibu yang malang,
Miri, Sarawak
-

Jawapan

* Mengikut akta undang2 keluarga Islam WP ( Sekseyen 85) dan Enakmun Keluarga Islam Selangor ( Seksyen 85), hak penjagaan kepada anak tidak sah taraf ( anak luar nikah) adalah semata-mata dibawah jagaan ibunya dan adik-adik beradik perempuan ibunya sahaja.

Bagaimana untuk mendapatkan kembali hak penjagaan tersebut:

1. Membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi Syariah ( Di Sarawak) untuk mendapatkan semula hak penjagaan itu,
2. Kemukakan bukti tentang tidak sah taraf anak tersebut kepada mahkamah.
3. Permohonan menuntuk hak penjagaan itu dibuat melalui penyata tuntutan dan sama.

Permohonan Sementara
-
Sementera ibu tersebut menunggu lama bagi proses perbicaraan yang dijalankan, adalah dicadangkan kepada pihak ibu supaya menfailkan permohonan penjagaan sementara ke atas si anak itu. Permohonnan itu juga mengandungi tegahan gangguan ke atas anak semasa masih menungu kes itu dibicarakan ataupun kes itu sedang berjalan.

Cadangan
-
Bagi mendapatkan hak penjagaan ke atas anak tidak saf taraf itu dan juga permohoanan sementara bagi tujuan penjagaan semasa kes sedang berjalan, adalah dicadangkan agar si ibu mendapatkan khidmat peguam syariei supaya permohoanan tuntutan ini berjalan mengikut prosedur yang baik dan memudahkan urusan.

Wallahualam.

Ke Atas

2. Berkahwin secara sindiket

Assalamualaikum,
Saya ingin bertanyakan beberapa soalan keagamaan berkaitan hukum hakam.

1. Jika sepasang suami isteri yang telah berkahwin secara sindiket kerana tentangan keluarga mereka tetapi setelah ibubapa sebelah isteri mengetahuinya mereka telah dinikahkan semula. Dalam pada itu isteri tersebut telah mengandung 5 bulan dan melahirkan anak tersebut setelah 3 bulan mereka bernikah secara sah. Apakah status anak tersebut apabila dilahirkan terutama sekali perempuan?

2. Jika anak tersebut adalah hasil yang haram, adakah anak itu berdosa dan apa hukumnya? Adakah wajar dijatuhkan hukum haram keatas anak tersebut?

3. Jika anak tersebut perempuan dan hendak berkahwin, adakah boleh
berwalikan bapanya?

4. Adakah wajar dan boleh, jika status anak tersebut dirahsiakan kepada bakal suaminya. Adakah caranya untuk merahsiakan kerana anak tersebut tak sanggup kehilangan bakal suaminya jika suaminya tak dapat menerimanya. Mentelah pula anak tersebut baru di beritahu hal statusnya yang sebenar apabila dia hendak membuat permohonan nikah.

5. Apakah yang patut anak tersebut buat setelah mengetahui statusnya, kerana dia terasa begitu hina dengan statusnya setelah mengetahuinya.

Harap pihak tuan dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.
Wasalam.

- Shamsiah -

Jawapan

Bernikah secara sindiket diluar negara atau dimana sahaja adalah sah disisi Islam, dengan syarat ia memenuhi 5 syarat rukun nikah. Bernikah kali kedua (Dinikahkan semula ) adalah dianggap memperbaharui aqad bagi memenuhi kehendak perundangan Akta Pernikahan & Cerai bagi sesabuah negeri itu sahaja. Sah nikah pasangan tersebut adalah dikira pada nikah yang pertama.

Anak yanh dilahirkan hasil dari pernikahan (yang pertama) adalah sah disisi Islam. Tiada perbezaan diantara anak lelaki atau perempuan.

Jika anak yang dilahirkan itu dari hubungan sebelum aqad nikah ( Persetubuhan haram), anak tersebut tidak berdosa sedikit pun walaupun ia dikira anak luar nikah baik anak tersebut lelaki atau perempuan.Yang berdosa adalah kedua ibubapa mereka.

Status anak tersebut adalah anak luar nikah bukan ANAK HARAM seperti panggilan budaya orang-orang kita di negara ini. Tiada apa-apa yang haram atas anak tersebut. Tidak wajar sama sekali diambil sebarang tindakan keatas anak berkenaan kerana kelahirannya bukan atas kehendaknya.

Jika ia hendak berkhawin, ia tidak boleh berwalikan 'bapanya'. Ia hendaklah dinikah melalui wali yang dilantik oleh pemerintah, (wali hakim).

Adalah wajar dirahsiakan (status anak luar nikah) demi kepentingan masa hadapan beliau dan maruah keluarganya. Cuma yang pasti `bapa' nya tidak sah mewalikannya. Ia bukan anaknya yang sebenar. Ia hendaklah berwalikan wali hakim iaitu wali yang dilantik oleh pemerintah. `Bapa'nya hendaklah berbincang dan menyatakan perkara yang sebenar dengan kadi atau juru nikah bagi memberikan sebab-sebab yang menasabah kenapa ia tidak boleh mewalikan `anak' nya itu. Ini semata-mata bagi mengelakkan fitnah dan menjaga maruah seluruh yang terlibat.

Masyarakat seharusnya merahsiakan perkara ini, supaya jangan diperbesarkan kedhoifan/kecacatan sesaorang. Biar keluarga terdekat sahaja yang mengetahui kisah sebenar status anak luar nikah tadi demi kepentingan agama dan masa hadapan anak tersebut.

Kalau si 'anak' tadi mengetahui perkara sebenar, ia tidak perlu risau dan rasa terhina. Tidak ada apa yang harus dirisaukan. Ini bukan dosanya. Ia perlu bertaqwa kepada Allah yakni melakukan suruhan Allah dan meninggalkan apa yang ditegah.

Ia mempunyai hak untuk hidup sama seperti anak-anak lain juga. Ia perlu redzo dan bersabar menghadapi hari-hari mendatang, kerana ianya satu perkara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Wallahualam.

Ke Atas

3. Tanggungjawab anak sulung

Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya beberapa soalan kepada Ustaz, semoga dengan jawapan yang diberikah dapat saya jadikan panduan dan pengetahuan sewajarnya.

1. Sebagai anak sulung (lelaki) wajibkah saya menyediakan sebuah rumah untuk ibu saya (ayah saya telah meninggal dunia), saya mempunyai 3 orang adik lelaki dan seorang adik perempuan dan saya sendiri masih belum mempunyai rumah.

2. Sekiranya saya meninggal dunia, adakah adik-adik lelaki saya akan mendapat pembahagian dari harta pusaka saya? Untuk makluman Ustaz, Saya mempunyai seorang isteri, seorang anak perempuan dan 2 orang anak lelaki.

Sekian, teri ma kasih dan saya berharap akan mendapat jawapan dari Ustaz.

- Norazlina -

Jawapan

1. Tidak wajib menyediakan rumah akan tetapi seorang anak yang Soleh wajib memberi perlindungan kepada ibunya dan tidak semestinya menyediakan rumah khas utk si ibu. Si anak boleh ajak ibu tinggal bersama. Sekiranya si anak mampu berbuat demikian kerana ada kemewahan, demikian itulah yang dikatakan Ihsan Terhadap Ibu Bapa dan inilah yang terbaik.

Sekiranya si anak lelaki yang sudah berkahwin dan terhad kemampuannya, sebaiknya dia menyediakan tempat tinggal keatas yang berwajib dahulu seperti isteri dan anak-anak sebagaimana nafkah kerana itu perkara wajib. Dan bawalah si ibu tinggal bersama dan tidak salah bahkan pahala lebih besar. Perkara ini perlu kepada tolak ansur dalam masyarakat kita.

2. Adik beradik anda tidak berhak menerima sedikit pun harta pusaka kerana terhalang dengan wujudnya anak lelaki anda.

Sekiranya anda meninggal dunia, maka pembahagiannya adalah seperti berkut mengikut purata:

  • Isteri : 1/8 drpd harta
  • Anak Lelaki : 2 bahagian
  • Anak Perempuan : 1 bahagian

Contoh : Jumlah Harta Pesaka RM 2400.

  • Isteri mendapat : 300
  • Anak Lelaki : 840
  • Anak Lelaki : 840
  • Anak Perempuan : 420
  • Jumlah 2400

Wallahualam.

Ke Atas

4. Inginkan kepastian (berkaitan talak)

Assalamualaikum,

Soalan saya:
1. Apakah hukum seorang suami yang telah menjatuhkan talak kepada isterinya
yang sedang mengandung.

2. Apakah hukum suami tersebut yang masih tinggal serumah dengan isterinya
semasa didalam edah.

Terimakasih

- Hayati Othman -

Jawapan

Jawapan soalan 1.

Hukum talak yang dilafaskan ketika isteri mengandung adalah sah dan Jatuh talak tersebut, tetapi sisuami dihukumkan berdosa kerana melafazkan talak sewaktu isteri sedang hamil.

Jawapan soalan 2.

Hukumnya harus sisuami tinggal semasa didalam edah, kerana berkemungkinan ada harapan untuk mereka kembali bersatu. Tetapi dihukumkan haram, jika talak yang dilafazkan itu talak tiga ( Bain Kubro)

Wallahualam.

Ke Atas

5. Anak baru lahir

Assalamualaikum wbt

Saya ada beberapa kemusykilan agama:

1. Saya ada terbaca dalam didalam beberapa buah buku bahawa bayi yang baru dilahirkan hendaklah diazan dan diqamatkan. Tetapi sesetengah buku pula menyatakan bayi lelaki hanya perlu diazankan dan bayi perempuan hanya perlu diqamatkan. Yang mana satu yang boleh diterima pakai? Masa mengazankan bayi, adakah sipengazan yang menghadap ke kiblat atau kepala bayi itu yang dihadapkan ke kiblat?

2. Semasa si ibu sakit nak bersalin, apakah hukum sembahyang ketika itu? kadang-kadang ada yang sakit lebih 24 jam.

3. Semasa dalam pantang (ikut adat melayu 44 hari) adakah perempuan itu tidak boleh sembahyang ataupun dia wajib sembahyang sebaik sahaja habis nifas?

4. Puasa perempuan yang tak habis diganti - macam mana nak bayar fidyah?

Terima kasih.

Wassalam

- Mohd Fadhil -

Jawapan

Waalaikummusalam.

1. Bayi yang baru lahir baik lelaki atau perempuan disunatkan azan disebelah telinga kanannya dan qamat ditelinga kirinya. Pendapat azan pada bayi lelaki dan qamat pada bayi perempuan adalah pendapat yang laro'.

2. Pengazan yang perlu menghadap kiblat.

3. Sembahyang wajib dilakukan kecuali terlupa atau tertidur. Kalau sedang sakit hendak bersalin, jika mampu yakni bersih tubuh badan yang mana tidak ada darah atau benda lain yang keluar dari rahim, dan ada kekuatan mengerjakan maka elok sembahyang itu dikerjakan dengan cara mengerjakannya secara sembahyang orang sakit. Tetapi jika tidak mampu, ini dinamakan dzarurat yang dimaafkan, walaubagaimanapun sisakit tadi perlu ada niat bersembahyang ketika itu kalau ianya tidak sakit. dan sembahyang ini perlu dikhadokan kembali sebaik sahaja darah nifasnya berhenti.

4. Darah nifas yang mengiringi ketika melahirkan anak, boleh keluar sekejap sahaja sehingga tempoh lamanya 60 hari, tetapi kebiasaannya didalam tempoh 40 hari. Adat Melayu 44 hari bermakna ianya didalam pantang yang tidak boleh makan itu dan ini, dan tidak boleh membuat sebarang kerja yang berat. itu dipanggil masa berpantang, Tetapi jika seandainya darah nifas hanya keluar 2 hari sahaja, maka wajib atas perempuan tersebut mandi wajib dan seterusnya melakukan sembahyang sepertimana biasa. Sepanjang darah nifas keluar sembahyang yang ditinggalkan tidak perlu dikhadokan.

5. Perempuan yang ditanya tidak dikenalpasti, seorang yang tua, yang sedang mengandung atau yang sedang menyusui anak?

Jika mana-mana perempuan yang meninggalkan puasa maka ia perlu mengkhadokan/menggantikannya menurut bilangan hari yang ditinggalkan. Sendainya pada tahun tersebut ia meninggalkan 5 hari puasa, maka pada tahun tersebut ia perlu menggantikan 5 hari yakni sebelum masuk ramadhan berikutnya. Jika masuk ramadhan yang baru, seandainya ia tidak menggantikan dengan gantian puasa selama 5 hari, maka pada tahun keduanya ia perlu mengkhadokan dengan puasa selama 5 hari juga dengan ditambah 5 cupak beras yang dipanggil fidyah. Seandainya ditahun kedua masih ia tidak menggantikannya, maka iaperlu menkhadokan 5 hari berpuasa beserta 10 cupak beras sebagai fidyah. Angka cupak beras akan bertambah mengikut bilangan tahun yang kita tinggalkan.

6. Fidyah boleh dibayar kepada fakir dan orang-orang miskin, jika tidak mampu mencari serahkan sahaja kepada ketua amil atau jawatankuasa masjid dengan cara berakad kepada Ketua Amil atau Jawatankuasa Masjid. Nilai beras boleh digantikan dengan nilai wang.

Wallahualam.

Ke Atas

6. Lafaz Talak Tiga

-Jika suami melafazkan talak tiga - adakah gugur talaknya tiga atau satu. Atau adakah talak tiga itu tiga kali nikah/cerai.

- Salmi -

Jawapan

Mengikut jumhur ulamak shafie bersependapat memutuskan jumlah talak yg dijatuhkan adalah mengikut bilangan angka yg dilafazkan.

Ini bermakna jika sisuami berkata dua, maka jatunya talak dua. Jika berkata tiga maka jatuhlah talak tiga.

Dengan demikian mazhab shafie menghukumkan bahawa perceraian ini (talak tiga) dipanggil Bain Kubro tidak boleh dirujuk kembali. Walau bagaimanapun siisteri tadi boleh berkahwin kembali dengan bekas suaminya bila mana suami keduanya menceraikannya tetapi bukan dengan melibatkan apa-apa perjanjian yg dibuat sebelum perkahwinan yang dipanggil cina buta. Perceraian adalah hak suami kedua.

Nasihat: jangan sekali-kali bermain dengan lafaz talak ini. Jika berlaku juga kepada sesuatu pasangan maka inilah dinamakan penentuan Allah yang kita tidak tahu hikmah disebaliknya.

Wallahualam.

Ke Atas

7. Wali anak luar nikah

1. Sahkan nikah seorang gadis (anak luar nikah) yang dinikahkan oleh bapanya sendiri.

2. Betulkah jika gadis tersebut dilahirkan dalam tempoh 6 bulan keatas dari tarikh pernikahan ibubapanya maka sahlah pewalian sibapa.

- Azizah Ismail - -

Jawapan

1. Pernikahan terhadap anak sendiri (anak tidak saf taraf/anak luar nikah) yang diwalikan/dinikahkan oleh bapanya sendiri adalah TIDAK SAH .

2. Seandainya anak tersebut lahir selepas 6 bulan didalam tempoh perkahwinan mereka maka syarak membolehkan sibapa tadi menjadi wali akan sianak tadi. Dengan demikian sah nikah bagi kes yang seumpama ini sahaja.

Wallahualam.

Ke Atas

8. Anak susuan

-Boleh terangkan konsep ibu dan anak susuan secara terperinci.

- Shukur Khalid -

Jawapan

Anak susuan bererti sorang bayi yang menyusu kepada seorang perempuan yang bukan ibunya. Ianya dibolehkan sepertimana Rasullullah sendiri telah disusui oleh dua orang lain antaranya Halimatussadiah dari bani Saad.

Yang dipanggil anak susuan itu adalah dengan syarat:

1. Kanak-kanak yang disusukan itu belum sampai umurnya 2 tahun mengikut hitungan tahun hijrah pada permulaan penyusuan pada kali yang kelima.

2. Susu yang dihisap oleh kanak-kanak itu mestilah mengalir masuk ke dalam perutnya dan mengeyangkan kanak-kanak tersebut.

3. Hendaklah bayi tersebut menyusu kepada ibu susuannya tidak kurang daripada 5 kali menyusu dengan yakin.

Wallahualam.

Ke Atas

9. Pernikahan Ketika Mengandung

Assalamualaikum Ustaz..

Saya ada sedikit kemusykilan tentang perkahwinan. Harap Ustaz boleh menjawab soalan saya ini.

Baru-baru ini saya mendapat e-mail mengatakan perkahwinan yang dilangsungkan selepas terlanjur adalah tidak sah dan perlu di akad nikah semula selepas selamat melahirkan anak. Selagi akad nikah tidak dilangsungkan semula, perhubungan suami isteri tersebut tetap dianggap zina dan anak yang lahir dari hubungan tersebut tetap
anak luar nikah. Adakah ini betul atau ada orang yang cuba memutar belitkan hal ini. Kadang-kadang saya bimbang membaca e-mail tentang agama kerana ada pihak yang memutar belitkan hukum hakam agama seperti isu aurat baru-baru ini.

Semoga mendapat jawapan segera dari Ustaz.

- Norazlida Zainudin (Affin Bank) -

Jawapan

Walaikumusalam.

Perkhawinan tersebut sah, kerana ada wali, ada ijab dan kabul dan kedua pengantin. Cuma status anak tersebut tetap anak luar nikah. Persoalan yang selalu timbul ialah jika seorang perempuan itu mengandung anak orang lain, dan ia tidak boleh berakad nikah dengan lelaki lain sehingga anak dengan lelaki yang pertama itu lahir, selepas 3 kali suci baru perempuan tadi boleh dinikahkan dengan sesiapa yang ingin mengawininya.

Wallahualam.

Ke Atas

10. Lafaz Cerai

Assalamualaikum Ustaz.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mendapatkan satu kepastian dari Ustaz tentang status sepasang suami isteri.

Seorang jiran yang tinggal berhampiran kediaman saya yang mempunyai tiga orang isteri,sering menyatakan kepada kawan-kawan bahawa beliau hendak menceraikan isterinya yg pertama.Ini berlaku apabila beliau pulang ke rumah isteri pertama dan kerap berlaku pertengkaran antara mereka.Disebabkan tidak tahan dengan keadaan tersebut..apabila berjumpa dengan kawan-kawan ,beliau sering menyatakan "aku nak ceraikan bini aku tu" (isteri pertama).Lafas ini telah kami dengari melebihi tiga kali.

Soalan saya: Apakah status ikatan perkahwinan pasangan tersebut.Adakah jatuh talak atau tidak.

Mengikut seorang guru agama di sini (setelah ditanyai oleh seorang rakan saya)..katanya jatuh talak sebab telah melebihi tiga kali dinyatakan nak ceraikan isterinya.

Yang menjadi kemusykilan saya adalah.... bagaimana talak tersebut boleh jatuh sedangkan jiran saya itu hanya menyebut NAK menceraikan...bila masanya nak diceraikan belum diketahui lagi.Dia hanya berniat saja ketika dia dalam keadaan marah selepas pertengkaran dengan isteri pertamanya.

Saya berharap sangat kepada Ustaz agar dapat menhuraikan kemusykilan saya ini supaya dapat saya perjelaskan kepada jiran saya tentang status beliau.Ini penting kerana jiran saya itu akan tinggal serumah semula dengan isteri pertamanya setelah keadaan pulih dari pertengkaran dan melakukan perbuatan sapertimana suami isteri yang sah.

Diharap dapat kiranya Ustaz memberi penjelasan tentang perkara ini.

Sekian...saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

- Seaih Zainal Abidin Sh Hussain -

Jawapan

Waalaikumussalam.

Talak nya tidak jatuh, pertamanya kerana perkataan NAK menjatuhkan talak, keduanya lafaz talak itu perlu disebut dan didengari oleh isterinya. Biar beribu kali kawan saudara menyebut nak nak ceraikan isteri ku, namun lafas ini tidak boleh diterima pakai oleh syarak sebagai lafas cerai yang sah. Ditambah pula isterinya ramai, yang mana satu yang hendak diceraikannya. Bermakna ia kena melafaskan aku ceraikan engkau ( sebut nama) dihadapan isterinya. Atau ia mengatakan aku ceraikan engkau, dan waktu ini isteri yang berada dihadapannya sahaja yang jatuh talak cerai, Tetapi jika ia mengatakan aku ceraikan engkau, sedangkan ketiga-ketiga isterinya ada dihadapan, maka talak ini juga tidak boleh dipakai kerana kita tidak tahu siapa yang diceraikan sehingga beliau menunjuk isyarat tangan atau menyebut nama khusus.

Wallahualam.

Ke Atas

11. Sikap Isteri Terhadap Suami

1. Apakah hukum sorang isteri bersikap buruk sangka terhadap suami sehingga isteri tidak melayani makan minum suami dalam tempoh 3-4 hari.

2. Apakah hukum seorang isteri yg membaca Quran setiap malam selepas solat magrib tapi masih meninggikan suara terhadap suami, menyakiti hati suami dan memandang rendah pada suami. Apakah hukum jika suami tidak memaafkan dan 2-3 hari lepas itu sisuami memaafkan dalam hati dan tidak dilafazkan.

- Nazarludin -

Jawapan

1. Hukum orang yang berburuk sangka adalah berdosa. Berdosa si isteri yang tidak melayan makan minum suami. tetapi sisuami juga perlu memahami ini adalah rajuknya seorang perempuan. Tetapi lagi berdosa besar isteri tadi, jika sisuami menarik badan siisteri sedangkan dikeraskan badannya sambil membelakangkan suaminya. Terdapat dalam hadis menyatakan semua para malaikat langit dan bumi mengutuk seorang isteri hingga ke pagi kerana tidak melayan suami ketika niat ingin bersama.

2 Meninggikan suara dan memandang rendah pada suami adalah berdosa apalagi menyakiti hati suami. Sisuami perlu menasihati isteri bahawa cara yang dilakukan adalah berdosa disisi Islam. Memaafkan adalah kerja yg sangat mulia walaupun tidak dizahirkan.

Wallahualam.

Ke Atas

Note:
* Setiap soalan akan dijawab oleh Panel Ustaz dari Unit Hal Ehwal Islam Shared Services Organization, Bahagian Sumber Manusia.
* Sila ajukan sebarang kemusykilan/soalan melalui email kepada penerangan@bakit.com.my

    Kembali