Kembali

Ibadah

Soalan:
1. Memakai Gincu Bibir
2. Sujud Sahwi
3. Hukum Mewarnakan Rambut
4. Sebelum Wudhu
5. Lelaki Memakai Cincin
6. Wuduk Suami Isteri
7. Minyak Wangi
8. Sah Semayang Bagi Mewarnakan Rambut
9. Solat Jumaat
10. Imam Solat
11. Mandi Hadas
12. Mengelakan Lupa Rakaat dan Fikiran Melayang Ketika Solat
13. Derma Organ dan Mandi Wiladah
14. Niat Aqiqah dan Qurban
15. Zakat Harta
16. Persoalan Mengenai Puasa (25 Soalan)
17. Persoalan Mengenai Solat (6 Soalan) dan Solat Witir (7 Soalan)
18. Persoalan Mengenai Qurban dan Aqiqah (10 Soalan)

1. Memakai Gincu Bibir

-Bolehkah pihak tuan menerangkan kepada saya apakah hukumnya memakai gincu?
saya ada mendengar dari kawan saya bahawa hukumnya adalah haram, tetapi
dia gagal menyatakan dari mana hukum itu diambil(al-quran/hadis)dan apakah
yang menyebabkan perbuatan memakai gincu itu haram?

- aida aidarohani -

Jawapan

-Berdandan atau menghias muka dengan berbedak dan bergincu atau kening bercelak bagi wanita ( bermake-up) adalah dibenarkan hanya untuk ditatap atau dipersembahkan kepada suaminya sahaja, tetapi ditegah yakni HARAM untuk ditatap oleh kaum lelaki lain. Dalil Ayat Al-Quran Surah An-Nur ayat 31: antara lain bermaksud:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan jangan mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya , kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau putera-putera suami mereka……. "

Didalam sebuah hadis riwayat Ummu Salamah menceritakan : Asma' binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah SAW pada suatu hari dengan berpakaian nipis, lantas Rasulullah menasihatinya dengan bersabda yang bermaksud:

"Wahai Asma' Sesungguhnya sesorang gadis yang telah baligh, tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini, Rasulullah mengisyaratkan kepada muka dan dua tapak tangannya."

Kesimpulan hadis ini bolehlah difahamkan Allah SWT membenarkan bagi wanita membuka muka dan dua tangan jika anggota-anggota tersebut tidak dimake-up. Andainya anggota tersebut dihiasai seperti muka berbedak, kening bercelak, bibir bergincu dan sebagainya, maka kawasan muka seperti ini wajib juga ditudung dengan kain tudung .

2. MENYEBABKAN BERMAKE-UP ( BERGINCU) ITU HARAM

Berdasarkan kepada Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan Zina.

Jelasnya, bermake-up untuk tuntunan diluar adalah mengundang fitnah yang besar terutama kepada orang lelaki yang mempunyai nafsu syahwat hayawaniyyah. Analisa ini semua ialah: Pemandangan boleh membawa kepada zina.

Wallhualam.

Ke Atas

2. Sujud Sahwi

-Harap dapat beri penerangan mengenai bila dan bagaimana sujud sahwi perlu dibuat?

- Shamsiah -

Jawapan

SUJUD SAHWI ( SUJUD LUPAAN)

-Sujud Sahwi adalah perbuatan sujud yang dimulakan dengan berniat dengan melakukan dua kali sujud sebelum memberi salam. Sujud Sahwi sunat dilakukan apabila terlupa/tertinggal mengerjakan rukun dan sunat Ab'ad didalam mengerjakan ibadah sembahyang.

Masalah yang berhubung dengan sujud sahwi ini adalah

1. Fardu/Rukun
-
Sekiranya tertinggal rukun atau salah satu daripada rukun sembahyang, ianya tidak boleh ditutup dengan sujud sahwi semata-mata, tetapi perlu melakukan rukun yang tertinggal itu, sekiranya jarak tidak jauh dan teringat pada waktu sebelum memberi salam. Misalnya, Sesaorang itu terus ingin sujud (terlupa) sebelum rukuq. Bila teringat semasa ketika hendak sujud, dibolehkan bangun semula untuk melakukan rukuq. Kemudian sebelum memberi salam hendaklah sunat dilakukan sujud sahwi,

-Ataupun selepas memberi salam, umpamanya teringat tertinggal membaca Fatihah pada mana-mana rakaat/ hatta telah berkata sepatah dua. Maka bolehlah ia menyambung semula solatnya dengan menambah kekurangan tadi dan disunatkan ia sujud sahwi.

2. Sunat Ab'adh*
-
Apabila seseorang itu terlupa melakukan salah satu di antara sunat ab'adh*, didalam sembahyangnya. Setelah teringat, Ia tidak boleh melakukannya perbuatan sunat ab'adh tersebut setelah masuk perbuatan rukun seterusnya. Umpama telah sujud baru teringat tidak berqunut, tetapi jika belum sujud lagi, boleh kembali dan membaca qunut dan disunatkan sujud sahwi sebelum memberi salam.

Nota:
a. Sujuh Sahwi adalah sunat hukumnya dan ianya tidak menjejaskan sembahyang.
b. Jika imam terlupa sujud sahwi, makmum boleh sujud selepas imam memberi salam.
c. Sujud Sahwi adalah merupakan pelengkap bagi sesuatu perbuatan/bacaan yang ditinggalkan didalam sembahyang.

Nota:
*
Masalah Sujud Sahwi sangat luas kupasannya, oleh itu boleh merujuk kepada mana-mana kitab fekah yang muktabar.

Wallhualam.

Ke Atas

3. Hukum Mewarnakan Rambut

-Dari segi fekah , apa hukum mewarna rambut spt ramai remaja sedang lakukan sekarang. Perlu dilihat dari sudut
a) Hukum mewarna itu sendiri
b) Bahan yang digunakan , najis atau tidak
c) Boleh menahan air dari sampai ke rambut.

- Salim Lateff -

Jawapan

-Tuhan mencipta rambut manusia itu asalnya berwarna hitam, tetapi ada yang puteh dan ada yang keperenggan, ini bermakna warna rambut semula jadi dari azali. Mewarnakan rambut dengan warna apapun dan bukan niat untuk mengubah ciptaan tuhan adalah harus, seperti Rasulullah dan para sahabat menginaikan rambut dan janggut beliau dari hitam menjadi kemerahan keperangan. Tetapi soalnya sekarang, bahan yang digunakan untuk mewarna rambut itu, jika bercampur gaul dengan bahan kimia yang meragukan, yakni terkandung bahan najis yang tidak diketahui. Maka hukumnya sipemakai rambut tadi telah membawa najis, dan dengan ini sembahyang yang dilakukan tidak SAH kerana najis tersebut. Kemudian katakan bahan tersebut tidak najis, tetapi bahan tersebut menghalang sampainya air wudu' ke rambut, ini juga tidak dibolehkan.

-Kesimpulannya jangan menggunakan bahan pewarna yang mengandungi bahan kimia yang tidak diketahui kesohehannya halal haramnya. Inai adalah boleh digunapakai dengan syarat ianya tidak bercampur dengan bahan yang meragukan.

Wallahualam.

Ke Atas

4. Sebelum Wudhu

-Sebagai seorang wanita, wajibkah setiap kali hendak sembahyang perlu pergi ke tandas dahulu utk membersihkan kemaluan. Ini kerana kemaluan wanita
normal tidak kering sepanjang masa. Bolehkah saya terus mengambil air sembahyang dan solat sekiranya perlu cepat atau tidak cukup masa?

- Mas Zuhaida -

Jawapan

-Disunatkan sesaorang perempuan membersihkan kemaluan apabila hendak mengerjakan sembahyang. Tetapi diwajibkan membesihkan kemaluan jika terdapat cecair yang sering keluar dari kemaluan sesaorang. Pekerjaan sembahyang perlu dikerjakan dengan penuh tertib dan beradab, bermula dari kebersihan zahir dan bathin, kesempurnaan wudu, dan sempurna perbuatan serta sempurna bacaan. Masa jangan dijadikan halangan bagi sembahyang yang sempurna. kerana hanya sembahyang yang sempurna sahaja baru dikira seorang itu mengerjakan ibadah sembahyang.

-Kita perlu melakukan sembahyang yang berkualiti tinggi dan terbaik sekali, kerana jarang diantara kita yang akan mengulangi sesuatu sembahyang itu. Maka sembahyang itulah yang membolehkan ianya menjadi terbaik atau tercela.

Wallahualam.

Ke Atas

5. Lelaki Memakai Cincin

-Apakah hukum lelaki memakai cincin suasa, emas putih dan platinum.

- Mohd Fairoz -

Jawapan

-Lelaki memakai cincin , hukumnya adalah Harus. Rasullullah hanya memakai cincin suasa.

-Lelaki yang memakai cincin emas samaada kuning atau puteh adalah haram kerana emas adalah perhiasan bagi perempuan.

Wallahualam.

Ke Atas

6. Wuduk Suami Isteri

-Adakah sah suami isteri bersentuhan apabila sudah berwuduk. Contohnya apabila selesai sembahyang jemaah bersalaman tanpa alas kain.

- Ahmad Azrai -

Jawapan

-Air sembahyang atau wuduk akan terbatal jika suami isteri itu bersentuhan kulit antara satu sama lain samada dengan sengaja atau tidak kecuali tiga tempat iaitu gigi, rambut dan kuku.

Wallahualam.

Ke Atas

7. Minyak Wangi

-Sahkah sembahyang pakai minyak wangi berakhohol dan bolehkah dipakai setiap hari.

- Fahrol Liza -

Jawapan

-Semua minyak wangi yang mengandungi alkhohol adalah mengandungi najis walaupun sikit kandungannya dan sembahyang sesaorang tidak sah jika memakai wangian tersebut samada dibadan atau pada pakaian.

Nota:
*
Berusaha untuk mencari pewangi yang tidak mengandungi najis alkohol. Jangan mengheret diri kelembah dosa.

Wallahualam.

Ke Atas

8. Sah Semayang Bagi Mewarnakan Rambut

-Apakah sah sembahyang bagi mereka yang mewarnakan rambut.

- Saalodin Sulaiman -

Jawapan

-Sah sembahyang sesaorang itu jika rambutnya berwarna apa sekalipun, tetapi sekiranya pewarna itu mengandungi bahan kimia yang najis atau menyebabkan tertahannya air sembahyang maka sembahyang sesaorang itu TIDAK SAH . Pewarna yang dibolehkan hanya pewarna dari Inai tulin sahaja.

Wallahualam.

Ke Atas

9. Solat Jumaat

-Kalau ada tazkirah masa jumaat, apa yang perlu didahulukan… dengar tazkirah atau sembahyang sunat tahiyat masjid. Jika lewat dan telah azan pertama jumaat adakah perlu sembahyang sunat tahiyat masjid atau sembahyang sunat awal jumaat.

- Zaid Md Zain -

Jawapan

-Jika tuan guru sedang mengajar maka tidak harus memberi salam dan terus sahaja kita duduk dengan niat beriktikaf dan tidak perlu sembahyang sunat tahiyat masjid kerana ranking majlis ilmu itu melebihi segalanya.

-Terdapat ada setengah masjid yang membuat tazkirah dan ada setengah masjid yang tidak mengadakan tazkirah sebelum waktu solat Jumaat. Walaupun ada taskirah tetapi ada jemaah membuat dahulu solat tahiyat masjid ditempat yang agak jauh dari tuan guru mengajar, selepas solat baru ia mendekati majlis tersebut. Kerana tidak mengganggu jemaah lain yang sedang mendengar pengajian. Kerana meraikan sunat tahayatul masjid.

-Jika terlambat datang ketika khatib sedang berkhutbah pertama, maka lakukanlah sembahyang sunat sebelum jumaat sahaja sebagaimana Rasullullah SAW menyuruh sahabatnya mendirikan sembahyang 2 rakaat iaitu sembahyang sunat sebelum jumaat.

Wallahualam.

Ke Atas

10. Imam Solat

-Saya menjadi Imam solat. Setelah pulang kerumah didapati muka saya ada benda yang menghalang wuduk. Macam mana solat saya dan mereka yg mengikuti saya.

- Nik Ismail b Nik Hussein -

Jawapan

- Sembahyang saudara perlu diulang. Bagi makmum yang dikenali tuan perlu memberitahu kedudukan wudu' saudara tetapi seandainya kesukaran untuk menghubungi mereka maka sembahyang mereka tetap sah kerana Allah SWT amat mengetahui segala-galanya dan kelemahan hambanya.

Wallahualam.

Ke Atas

11. Mandi Hadas

-Malam harinya saya berjunub dan sebelum waktu subuh saya mandi hadas besar dan tidak mengambil wuduk . Bagaimana kalau kita tidak berjunub tapi kita mandi hadas besar dan terus sembahyang.

- Zaman -

Jawapan

-Sembahyang subuh saudara itu sah walaupun tidak mengambil wudu' kerana terangkat wuduk ketika mandi hadas besar tetapi sekadar sembahyang subuh itu saja (satu waktu). Kalau selepas mandi hadas besar dan berwuduk maka kita boleh melakukan 5 kali sembahyang pada hari tersebut sekiranya tidak sabit dengan perkara yang membatalkan wudu'.

Wallahualam.

Ke Atas

12. Mengelakan Lupa Rakaat dan Fikiran Melayang Ketika Solat

-Bagaimanakah cara mengelakkan lupa rakaat dan fikiran melayang ketika solat.

- Mohd Yadi Hussin -

Jawapan

-Disunatkan sebelum sembahyang membaca surah An-Nas. Kemudian diantaranya lagi:

1. Menganggap sembahyang yang dikerjakan adalah sembahyang yang terakhir.
2. Menganggap Allah SWT sedang memerhatikan kita ketika sedang sembahyang.
3. Hadir hati bahawa sembahyang ini adalah untuk Allah, bukan dipaksa atau terpaksa. Ianya dibuat kerana kita hamba dan yang menyuruh ialah Allah SWT yang maha berkuasa.
4. Mengetahui makna ayat yang dibaca seperti pengertian ayat Fatihah dan takbir, rukun ke rukun seperti Allah hu Akbar, dll.
5. Lupakan segala-galanya kerana waktu ini kita sedang berhadapan dengan Allah yang maha besar, maha Agong , yang memberi rezeki, yang menghidupkan dan yang mematikan.
6. Ingat akan siksa orang yang lalai didalam sembahyang, Neraka Wail adalah untuk orang yang lalai mengerjakan sembahyang . Neraka ini terletak dibawah sekali diantara neraka-neraka yang lain.

Wallahualam.

Ke Atas

13. Derma Organ dan Mandi Wiladah

1. Apakah hukum menderma organ dan adakah jenazah itu merasa tersiksa ketika pembedahan dilakukan.
2. Bolehkah ustaz jelaskan mengenai mandi hadas wiladah.
3. Adakah sah pernikahan seorang perempuan yang sedang mengandungkan anak luar nikah

- Sharifah Hasniza -

Jawapan

1. Hukum memberi organ kepada orang lain adalah Harus kerana dengan organ yang diberi dapat membantu manusia lain terus hidup. Soal tersiksa atau sakit roh sesaorang adalah didalam ilmu Allah.
2. Mandi wiladah (bersalin) adalah wajib dilakukan apabila melahirkan anak. Kebanyakan ibu-ibu akan mandi wiladah ini bersama-sama dengan mandi sehabisnya nifas. Walau bagaimanapun sekiranya si ibu berniat mandi wajib maka dengan sendirinya mandi wiladah itu telah pun termasuk didalam niat tadi.
3. Sila rujuk Pernikahan Ketika Mengandung

Wallahualam.

Ke Atas

14. Niat Aqiqah dan Qurban

-Bolehkah kita niatkan aqiqah serentak (sekali) dengan korban?

- Nik Mohd Zaim Ab Rahim [SMTP:nmzaim@hotmail.com] -

Jawapan

-Tidak perlu niat serentak, bukanke satu ekor lembu itu 7 bahagian, kena sebut satu satu nama yang mengambil bahagian. Korban atau Aqiqah, semuanya sah walaupun satu ekor dicampur agiqah dan korban ataupun sebahagian untuk diniagakan.

Wallahualam.

Ke Atas

15. Zakat Harta

Assalamualaikum Ustaz

Disini saya ingin meminta penjelasan berkenaan dgn Zakat Harta (simpanan).

-Setiap tahun suami saya akan membuat bayaran zakat harta dengan menggunakan duit beliau tetapi, dibuat dengan menggunakan nama saya dan namanya. Pertanyaan saya adakah dengan ini simpanan saya itu telah diambilkira sebagai zakat harta untuk simpanan saya. Untuk makluman Ustaz walaupun duit itu dalam akaun saya tetapi kegunaannya adalah untuk keluarga kami.

Penjelasan dari ustaz amalah diharapkan dan terima kasih.

- Aidah Yahya -

Jawapan

Walaikumusalam.

-Perintah bayaran zakat adalah rukun pada individu. Siapa yang mempunyai harta/wang/hasil pertanian dan layak setelah mengira haul dan nisab maka mereka diwajibkan berzakat. Wang yang dizakat itu milik siapa, milik suami atau milik puan, atau milik keluarga, kalau milik keluarga bermakna milik sisuami, walaupun wang tersebut disimpan pada akaun isteri. Dengan pembayaran itu bermakna wang simpanan pada akaun tersebut adalah telah dizakatkan. Pembayaran zakat perlu ada ijab dan kabul dan resit akan dikeluarkan oleh JAWI atas nama yang mengakadkan.

Wallahualam.

Ke Atas

Note:
* Setiap soalan akan dijawab oleh Panel Ustaz dari Unit Hal Ehwal Islam Shared Services Organization, Bahagian Sumber Manusia.
* Sila ajukan sebarang kemusykilan/soalan melalui email kepada penerangan@bakit.com.my

    Kembali