Kembali

Lain-Lain Soalan

Soalan:
1. Keraguan (feqah)
2. Emas bagi lelaki (feqah)
3. Keharusan bunyi-bunyian
4. Bersuci
5. Makna Farisya
6. Tafsir Mimpi
7. Pindah Rumah
8. Persoalan Mengenai Peraduan SMS (3 soalan)


1. Keraguan (feqah)

Assalamualaikum .........

Saya ada satu soalan yang simple tetapi tak dapat dijawab kerana jawapan yang ujud meragukan saya.

Soalan saya, bolehkah seseorang wanita yang dalam waktu uzur membaca doa awal tahun. Persoalan itu timbul apabila waktu uzur itu datangnya pada awal muharam. Pada pendapat saya dan melalui bacaan saya seseorang wanita itu boleh membaca "Bismillahi...."dengan niat zikir . itu sahaja dan tak lebih daripada itu. Jadi pada waktu tersebut kami hanya boleh membaca maknanya sahaja . Saya berharap mendapat jawapan segera.

- Mariam Zakaria -

Jawapan

Wanita uzur boleh membaca sebarang doa ( doa awal/akhir tahun/dan doa lain) dengan syarat ayat-ayat al-quran yang terkandung didalam doa yang dibaca perlu diniatkan kepada zikir.

Bagi doa/ayat yang mengandungi kalimah Arab ianya juga boleh dibaca, asalkan ianya bukan dari ayat suci Al-Quran. Lebih afdhal ( sempurna) dibaca dan berdoa dalam bahasa Melayu, kerana permohonan doa itu difahami maksudnya.

Tiada Nas atau hadis yang menerangkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah membaca doa awal tahun dan doa akhir tahun.

Wallhualam.

Ke Atas

2. Emas bagi lelaki (feqah)

-Hukum pemakaian sutera bagi lelaki (bukan dibawa sembahyang) adakah mengikut % sutera yang ada (pure silk atau campuran) Ada pendapat yang mengatakan cincin suasa tidak boleh kerana % emas didalamnya.

- Norashikin Samad -

Jawapan

-Haram bagi lelaki memakai sutera baik diluar sembahyang apatah lagi semasa sembahyang kerana sutera itu adalah pakaian orang perempuan.

-Maksud hadis: Rasullullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita atau sebaliknya. Disini tidak dinyata % kandungannya. Harus bagi lelaki memakai cincin suasa kerana suasa itu bukan emas.

Wallahualam.

Ke Atas

3. Keharusan bunyi-bunyian

Anak-anak saya suka bermain piano dan biola. Apakah hukumnya dan wajarkah saya membeli piano dan biola disimpan dirumah.

- Nafisah Thani -

Jawapan

Didalam Islam, tidak ada Hadis dan Nas yang melarang atau mengharamkan menyanyi dan bermain muzik. Perbezaan pendapat berlaku pada sebahagian ulamak. Kerana terdapat hadis yang mengatakan Rasulullah SAW tidak melarang ketika Aishah mendengar dan melihat sekumpulan wanita menyanyi dan memukul rebana pada hari perayaan. Tetapi Jumhur ulamak berpendapat bahawa Islam menolak muzik yang melampau yakni membangkitkan syahwat, yang melalaikan dan berbau maksiat tetapi tidak melarang muzik yang tidak menghayalkan dan melupakan sesaorang daripada menumpukan ibadahnya.

Kesimpulan: diharuskan membeli peralatan piano dan biola dan memberi keizinan untuk belajar kepada anak puan, kerana seni adalah anugerah dari Allah jua. Tetapi perlu dimainkan pada waktu-waktu tertentu sahaja, yakni tidak dimainkan sewaktu umat Islam sedang sembahyang dan ibadah lain. Ibubapa perlu menasihati mereka supaya memainkaan lagu-lagu yang tidak bercanggah dengan Islam. Mengikut Islam menyanyi dan bermain muzik yang hanya didengari oleh seisi keluarga. adalah HARUS.

Wallhualam.

Ke Atas

4. Bersuci

-Apakah hukum melalui jalan yang dilalui anjing, tanpa memakai kasut (diluar rumah).

- Aziyam -

Jawapan

-Boleh melalui jalan tersebut walaupun tidak berlapik kaki. Mengikut hukum fekah apabila kita menyentuh/tersentuh anjing itu pun kalau basah dengan kering maka baru badan kita perlu disamak kerana ia najis yang berat. Tetapi kalau sekadar memijak akan tapak kaki anjing. maka ianya tidak perlu disamak.

Wallahualam.

Ke Atas

5. Makna Farisya

-Apa makna nama Farisya.

- Mohamad Izani Karim -

Jawapan

-Makna Farisya ialah kuda manakala Farisa maknanya hamparan.

Wallahualam.

Ke Atas

6. Tafsir Mimpi

Assalamualaikum Ustaz,

Saya telah bermimpi pada malam 31hb Ogos 04(waktu tengah malam).

Mimpinya ialah : saya dapati kuku ibu jari kaki kanan tercabut tapi tiada berdarah

Untuk maklumam bapa saudara saya meninggal dunia pada 27hb Ogos dan dikebumikan pada 28hb Ogos. Saya masih ada ibu yang berusia anggaran 80an dah sudah kematian bapa pada usia saya 9 tahun. Umur saya 47 tahun.

Bapa saudara dan ibu saya terlalu rapat dan kini ibu saya sakit tapi semakin pulih akibat diserang strok sebelah kanan sedang beransur pulih.

Apa kah petunjuk dari mimpi saya itu?

Harap dapat ustaz membantu. Sekian wassalam

- Mhd Nazarudin Husin -

Jawapan

Walaikumusalam.

-Ada mimpi yang benar dan ada mimpi yang tidak benar. Mimpi adalah ilham dari Allah juga yang memberitahu tentang kejadian akan datang dan ianya berlaku bukan pada sebarang manusia. Seperti benarnya mimpi akan Nabi Allah Yusuf mengenai kedudukan akan datang negara Mesir ketika itu. Dan bukan semua orang diberikan ilmu mentafsirkan mimpi.

-Sebenar tiada kaitan langsung dengan istilah mimpi tercabut kuku untuk saya tafsirkan. Kalaupun dikaitkan dengan kematian sesoarang, maka itu adalah secara kebetulan sahaja, kerana penentuan ajal telah ditentukan dahulu sebelum manusia itu lahir didunia ini. Jadi mimpi dipatuk ular, mimpi jatuh bangunan, mimpi dihanyutkan air dan kebakaran adalah merupakan mainan tidur.

Wallahualam.

Ke Atas

7. Pindah Rumah

Assalamualaikum Ustaz,

Saya ingin bertanya kepada Ustaz berkenaan dengan urusan pindah ke rumah baru. Saya bercadang berpindah ke rumah baru dan ingin mengetahui hari yang baik/sesuai untuk berpindah serta apakah amalan-amalan yang baik diamalkan untuk masuk ke rumah baru. Harap Ustaz dapat memberi sedikit panduan untuk kebaikkan...InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.

- Rushidah Hamat -

Jawapan

Waalalikumusalam.

1. Tidak tercatat didalam hadis sohih penetapan bulan, hari dan masa untuk sesoarang berpindah ke rumah baru. Ini bermakna kita boleh berpindah bila bila masa, bulan dan hari kerana semua hari, bulan dan masa adalah semuanya baik di sisi Allah SWT,

2. Pertamanya mengucapkan salam kepada sekian makhluk Allah jika rumah tersebut kosong sebelum ini. Hiasilah dengan memperbanyakkan ibadah seumpama bacaan quran pada setiap hari, kerana ianya akan memberkatkan dan bercahaya yang kelihatan oleh para Malaikat seperti kita melihat bintang bintang dilangit. Membuat doa kesyukuran dan bacaan Yassin adalah hukumnya harus. Dibuat elok, tidak dibuat juga tidak berdosa.

Wallahualam.

Ke Atas

Note:
* Setiap soalan akan dijawab oleh Panel Ustaz dari Unit Hal Ehwal Islam Shared Services Organization, Bahagian Sumber Manusia.
* Sila ajukan sebarang kemusykilan/soalan melalui email kepada penerangan@bakit.com.my

    Kembali