|
Akhlak
Soalan :
1. Memasuki Gereja
2. Ucapan Salam
3. Mandi Tanpa Memakai Seurat Benang
1. Memasuki Gereja
-Salah atau tidak memasuki gereja atas sebab perkahwinan kawan.
- Ahmad Azrai -
Jawapan
-Orang Islam diharuskan/dibolehkan memasuki gereja kerana sebab-sebab yg tidak dapat dielakkan, umpamanya menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat, tetapi bukan niat mengagungkan agama mereka atau mempercayai ajaran dan adat agama mereka.
-Saudara perlu beritikad bahawa hanya Islam adalah agama sebenar.
Wallahualam.
Ke Atas
2. Ucapan Salam
A'kum wkbht ustaz,
-Memberi salam kepada rakan suatu perkara yang amat digalakkan di sisi islam, saya pernah mendengar penjelasan dari seorang pendakwah menyatakan orang perempuan tidak boleh memberi ucapan salam kepada bukan mukrimnya kecuali orang lelaki itu mendahului memberi salam, dalam perkara ini sukacita dapat ustaz memberi penjelasan.
Terima kasih.
- Anisah Nafsiah Abdullah Hashim -
Jawapan
Walaikumusalam.
-Salam adalah ucapan selamat kepada saudara seagama dan ianya adalah sunat, bermakna diberi pahala siapa yang melakukannnya dan tidak berdosa jika meninggalkannya. Rasulullah menggalakkan supaya ucapan salam ini dibudayakan didalam kehidupan mukmin agar penyatuan tetap utuh hingga bila-bila. tetapi ada peradapannya. Seperti : Gulungan sedikit disunatkan memberi salam kepada gulungan yang ramai. Yang berkenderaan disunatkan membeli salam kepada yang berjalan, begitulah seterusnya.
-Salam yang diberikan oleh kaum wanita kepada orang lelaki yang bukan muhrim adalah harus, dan tidak haram, seperti mana di pejabat-pejabat kita sering terlihat kaum perempuan memberi salam kepada kaum lelaki, kerana ianya bersifat ukwah dan bukan berniat sesuatu. Tiada nas yang sohih mengatakan hanya lelaki sahaja boleh mendahului salam, Hakikatnya jika tiada apa pertalian atau tanpa tertentu adalah tidak diharuskan memberi salam kepada yang bukan muhrim.
Wallhualam.
Ke Atas
3. Mandi Tanpa Memakai Seurat Benang
-Apakah hukumnya mandi tanpa memakai seurat benang pun dalam bilik air / mandi.
- Siti Salmah Saari -
Jawapan
-Hukumnya makruh, kerana walaupun bersendirian tetapi harus malu pada dua Malaikat yang menjaga kita. Seharusnya kita patut memulakan dari sekarang apabila mandi perlu mengenakan kain basahan. Jangan apabila datang Mertua baru kita menyediakan kain basahan.
Wallahualam.
Ke Atas
Note:
*
Setiap soalan akan dijawab oleh Panel Ustaz dari Unit Hal Ehwal Islam Shared Services Organization, Bahagian Sumber Manusia.
* Sila ajukan sebarang kemusykilan/soalan melalui email kepada penerangan@bakit.com.my
|