Kembali

Kontinjen TM Johan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1427H / 2006

Tahniah dan Syabas kepada Kontinjen Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan TM kerana telah berjaya menjuarai tiga tahun berturut-turut perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1427H/2006 bagi Kategori Syarikat Swasta yang telah diadakan pada hari Selasa, 11 April 2006 bersamaan 12 Rabiulawal 1427H di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Kontinjen TM diketuai oleh Tn. Hj. Mustopha Ahmed, Yang DiPertua BAKIT Pusat dan disertai oleh 90 orang anggota Kumpulan TM yang terdiri daripada 80 lelaki dan 10 wanita.

SPB Yang DiPertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri  Agong telah berkenan berangkat ke majlis ini. Turut hadir adalah YAB Perdana Menteri Malaysia dan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan isteri serta Menteri-Menteri Kabinet  Malaysia. VIP TM yang hadir adalah YBhg. Tan Sri Dato’ Ir. Md. Radzi Mansor, Pengerusi TM dan YBhg. Puan Sri Aizah Mahmud dan YBhg. Dato’ Abdul Aziz Abu Bakar dan YBhg. Datin Rohani Abdul Halim.

Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini adalah “Keunggulan Ilmu Teras Kegemilangan Ummah”. Sempena majlis ini seramai 12 individu cemerlang telah dinobatkan sebagai penerima Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1427H/2006.

Sumbangan Oleh:

BAKIT Pusat
14 April 2006 bersamaan 15 Rabiulawal 1427H

  Keatas Kembali