Program Korban TM Peringkat Nasional Tahun 1426H / 2006 Alhamdulillah, Badan Kebajikan Islam TM (BAKIT) Pusat dan BAKIT Negeri-Negeri dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam, HR Shared Service Organization telah berjaya menyempurnakan perlaksanaan Program Korban TM Peringkat Nasional sempena Hari Raya Aidil Adha 1426H yang lalu dari 10 – 13 Januari 2006 bersamaan 10 – 13 Zulhijjah 1426H. Sebanyak dua puluh lapan (28) ekor lembu telah dikorbankan sempena Program Korban tersebut dimana pihak Syarikat telah menetapkan setiap negeri akan melaksanakan korban sekurang-kurangnya dua (2) ekor lembu di lokasi yang terpilih. Diantara lokasi-lokasi yang dipilih ialah seperti berikut:- Perlis - Tambun Tulang dan Arau Kedah - Kuala Nerang dan Kg. Sungai Gelam Pulau Pinang - Kg. Tok Bedu, Tasek Gelugor dan Kg. Mesjid Padang Cempedak, Permatang Pauh Perak - Kg. Tanjung Kala, Grik dan Kg. Sungai Pergam, Bagan Datoh Selangor - Bandar Punchak Alam, Kuala Selangor dan Sungai Besar Kuala Lumpur - Kg. Hj. Abdullah Hukum dan Rumah Pangsa Kg. Kerinchi, Lembah Pantai Negeri Sembilan - Kg. Pasir, Kuala Sawah, Rantau dan Kg. Sri Repah, Tampin Melaka - Taman Desa Baru, Bukit Baru dan Pengkalan Balak Johor - Masjid Kg. Skudai Kiri, Pulai dan Pasir Gudang Pahang - Felda Sg. Kemahal dan Masjid Sultan Hj. Ahmad Shah, Pelangai, Bentong Terengganu - Kg. Raja dan Jertih Kelantan - Bachok dan Pasir Mas Sabah - Masjid TM Menggatal dan Kg. Lingkudau, Ranau Sarawak - Asajaya, Samarahan Manakala nama peserta-peserta korban adalah terdiri daripada golongan fakir miskin di kawasan tersebut. Semoga dengan perlaksanaan korban ini akan menambahkan lagi keberkatan dan keuntungan kepada Syarikat pada masa akan datang. Sumbangan Oleh: BAKIT Pusat
|